Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, Maybank mengumumkan tawaran cuti setahun kepada semua kakitangan wanita yang layak. Dasar baharu itu membolehkan kakitangan wanita di Maybank bercuti selama 90 hari (tawaran sedia ada) dengan gaji penuh, kemudian boleh menyambung lagi cuti 90 hati dengan separuh gaji, dan seterusnya 9 bulan tanpa gaji.

Manfaat yang diperkenalkan oleh Maybank ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, memberi peluang kepada kakitangan mengimbangi keperluan kerjaya dan keluarga. Kakitangan wanita yang bercuti tetap akan diberi perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred masing- masing.

Baca berita penuh di SINI.

Mampukah kakitangan Maybank bercuti tanpa gaji selama 9 bulan?

Walaupun tawaran ini sangat menarik kepada wanita- wanita, sudah tentu perkara pertama yang menjadi tumpuan ialah cuti dengan separuh gaji selama 90 hari dan cuti tanpa gaji selama 9 bulan.

Mampukah kakitangan wanita menampung keperluan harian dan komitmen bulanan sekiranya gaji tinggal separuh dan langsung tidak ada sepanjang tempoh bercuti?

Kita semua tahu, wanita bekerjaya tidak lagi hanya bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, tetapi mereka menyumbang 50% (ataupun lebih) kepada perbelanjaan keluarga setiap bulan. Sudah tentu kakitangan Maybank juga ramai yang tergolong daripada kategori ini.

Walaupun tawaran ini sangat- sangat mengujakan, malah ditunggu- tunggu di Malaysia, ada beberapa perkara yang perlu dipersiapkan oleh kakitangan Maybank yang merancang untuk menggunakan sepenuhnya peluang cuti 1 tahun selepas bersalin.

Bagaimana kakitangan wanita di Maybank boleh bersiap- sedia untuk menerima tawaran bercuti selama setahun selepas bersalin?

Secara idealnya sudah tentu kita tidak mahu sebarang perbelanjaan dan komitmen bulanan kita akan terjejas dengan menerima tawaran bercuti panjang selepas bersalin ini.

Save more money….

Peningkatan tabungan bulanan perlu diusahakan bermula hari ini, sebelum lagi mereka mahu memohon untuk bercuti. Malah, sepatutnya mulalah menabung secara konsisten walaupun mereka belum lagi hamil! Jika kakitangan wanita merancang untuk hamil tahun hadapan, mereka ada 12 bulan dari sekarang untuk menabung bagi mempersiapkan diri untuk mengharungi hari- hari tanpa gaji kelak. Tabungan boleh ditambah dengan cara memotong sebarang perbelanjaan tidak perlu dan perlulah beringat untu tidak menambah komitmen dan hutang yang baru.

Or…make more money?

Sekiranya gaji sedia ada langsung tidak ada ruang lagi untuk kakitangan Maybank menambah tabungan, maka perlulah mereka mencari jalan untuk menghasilkan pendapatan sampingan secara konsisten setiap bulan. Cara paling mudah menambah pendapatan sampingan termasuklah dengan cara buat bisnes dropship secara online.

Kelebihan menerima tawaran bercuti tanpa gaji selepas bersalin

Persiapan awal sangat- sangat penting dalam merancang cuti setahun selepas bersalin. Ia bukan saja melibatkan faktor kewangan, tetapi juga melibatkan kesan emosi kepada kakitangan wanita.

Sekiranya cuti setahun dirancang dengan baik. kakitangan Maybank akan kembali bekerja dengan lebih bersedia dan bersemangat. Tidak perlu lagi risau bayi kecil berusia 2-3 bulan sudah mahu dihantar ke taska dan pengasuh.

Malah kakitangan wanita juga dapat menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama setahun yang sudah pasti memberi manfaat kewangan kepada keluarga dan manfaat kesihatan kepada bayi.

Jadi, jika anda bekerja dengan Maybank, mahukah anda menerima tawaran ini dan adakah anda fikir ianya tawaran yang baik untuk kakitangan wanita di bank ini?

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers