August 22, 2018

Mengapa Alfalfa DiGelar “Father of All Food”?

Alfalfa sudah ditanam dan dimakan sejak lebih 2000 tahun dahulu, bermakna tumbuhan ini antara yang terawal dikenalpasti mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain dikenali sebagai “father of all food”, alfalfa juga digelar sebagai,

…mineral bouquet,
…king of the plant world
…nature’s healing miracle, 
…poor man’s medicine

Gelaran ini diberikan oleh herbalogists, biologists, chiropractors dan biochemists.

Alfalfa juga tergolong dalam 10 tumbuhan paling beralkali, ia tinggi fiber dan pH level ialah 8.0. Kelebihan fiber dan pH level ini menjadikan alfalfa begitu bermanfaat kepada kesihatan kita.

Alfalfa sprout enak dimakan bersama sandwich atau dibuat salad. Imej : Google.

10 KELEBIHAN ALFALFA

1- Alfalfa mengandungi enzim yang menyokong sistem pencernaan tubuh. Enzim ini membantu tubuh mencerna protein, lemak dan kanji. Sebab tu ramai orang yang berdiet gemar amalkan alfalfa dalam menu harian mereka.

2- Alfalfa ada anti radang semulajadi kerana di dalamnya terdapat minerals & vitamin seperti vitamin K, vitamin C, copper, manganese, magnesium, iron, folate, thiamine (b1), riboflavin (b2). Gabungan vitamin, mineral, klorofil, saphonin dan enzim di dalam alfalfa boleh meredakan radang di mana- mana bahagian tubuh badan kita.

3- Alfalfa melegakan kesakitan tubuh yang disebabkan oleh ketidakseimbangan paras asid dan alkali. Antara masalah kesihatan yang disebabkan oleh paras asid dan alkali yang tidak seimbang dalam tubuh ialah masalah gout, arthritis, urik asid tinggi (penyebab gout, batu karang), dan masalah sendi tidak fleksibel.

4- Memberi kesihatan buah pinggang dan pundi kencing. Alfalfa meningkatkan reserve alkali dalam tubuh, jadi ia menjadikan urin kurang berasid dan ini melegakan saluran kencing. Paras alkali dalam alfalfa yang tinggi membantu buah pinggang menapis dengan lebih baik.

5- Alfalfa juga bersifat diuretic kerana ia tinggi mineral, jadi ia boleh mengurangkan water retention di dalam badan – punca sembab. Dan kandungan fiber yang tinggi boleh melawaskan tubuh dengan baik.

6- Kandungan klorofil dalam alfalfa membantu mencegah jangkitan bakteria. Oleh kerana alfalfa tinggi alkali, ia boleh membantu mencegah banyak penyakit yang disebabkan oleh paras asid tinggi dalam tubuh seperti kanser.

7- Kandungan klorofil dalam alfalfa juga bertindak sebagai deodorant semulajadi untuk tubuh kita.

8- Alfalfa kaya dengan protein, dan boleh dibandingkan lebih tinggi protein berbanding daging lembu (18% lebih tinggi), susu (3% lebih tinggi), telur (13% lebih tinggi).

9- Akar alfalfa boleh hidup sedalam lebih 10-20 kaki menjadikan tumbuhan ini mampu menyerap lebih mineral di dalam tanah berbanding tumbuhan lain.

10- Alfalfa mengandungi potassium dan magnesium yang boleh melegakan otot dan mengurangkan stres kepada arteri darah.

Untuk cara lebih mudah mendapatkan khasiat alfalfa, saya ingin menyarankan pengambilan supplement Alfalfa Complex Shaklee setiap hari.

Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950’an.

Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California, Shaklee menuai alfalfa semasa di puncak kematangan – semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.

Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa. (Sumber : Website Shaklee Malaysia)

*Penting : Produk yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah sejenis supplement dan penggunaannya bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuh penyakit. Pengambilan apa jua supplement oleh pesakit kronik perlu mendapat nasihat pakar perubatan. Untuk konsultasi lanjut tentang produk, hubungi saya di 016- 344 7727. 

Facebook Comments
Related Posts
No related posts for this content

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: