Mengapa Kulit Jadi Gatal Apabila Berhenti Makan Gula?

Saya kerap mendapat pertanyaan daripada rakan- rakan yang mencuba No Sugar Challenge, tentang masalah kegatalan pada kulit muka dan tubuh mereka, pada minggu pertama. Ada yang berlarutan sehingga 3-4 hari, dan ada yang sehingga 2-3 minggu.

Masalah kegatalan ini boleh mengganggu fokus mereka untuk kekal dalam cabaran bercerai gula, dan ada yang terus berputus asa kerana tidak tahan menanggung kegatalan seharian.

Ada beberapa perkara penting yang kita perlu tahu tentang tindakbalas gatal kulit dengan “sugar withdrawal”. Saya akan cuba terangkan dengan ringkas di dalam artikel ini.

Terdapat 6 organ dalam tubuh manusia yang menyokong fungsi detoks secara semulajadi iaitu :

  • paru- paru
  • hati
  • limfa
  • kulit
  • kolon
  • buah pinggang
  • darah

Kulit manusia adalah organ yang terbesar pada tubuh, yang mana hampir segenap tubuh kita adalah dilapisi dengan kulit. Dan kulit juga merupakan organ detoks penting selain yang mana kulit mengeluarkan toksin daripada tubuh secara semulajadi ialah melalui peluh.

Sekiranya kita mengalami gatal kulit semasa mengharungi “sugar withdrawal”, perkara utama yang kita kena faham ialah,

“Kita kena harunginya, kita kena cari jalan untuk kurangkan rasa tidak selesa, dan jangan putus asa kerana ianya hanya sementara”

Ada beberapa langkah kita boleh ambil untuk mengurangkan rasa tidak selesa kerana kegatalan ketika “sugar withdrawal”.

Pertama, pastikan kita sokong tubuh untuk keluarkan toksin dengan lebih efisyen dengan minum air mencukupi. Selain membantu tubuh flush out toksin, ia juga membantu kulit jadi lebih lembab, jadi ia dapat mengurangkan rasa gatal. Kulit yang kering akan menyebabkan rasa gatal itu semakin menjadi- jadi.

Kedua, ambil makanan dan supplement omega-3. Terdapat 2 fungsi omega-3 ketika “sugar withdrawal” yang melibatkan kegatalan kulit iaitu :

  • omega-3 melembab kulit dari dalam secara semulajadi
  • omega-3 mengurangkan inflamasi pada kulit secara semulajadi

Ketiga, dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang cukup bukan saja dapat mengurangkan sugar craving, ia juga dapat meredakan keradangan dalam tubuh, sekaligus meredakan kegatalan pada kulit.

Keempat, sekiranya kita juga mengalami sembelit bersama- sama masalah kegatalan ini (simptom biasa ketika sugar withdrawal), pastikan kita mengambil makanan tinggi serat, supaya proses buang air besar berjalan lancar dan toksin dapat dikeluarkan dari tubuh dengan lebih baik.

Kelima, sekiranya masalah gatal kulit ini buat kita rasa tertekan dan tidak boleh tidur lena, Dr. Mark Hyman menyarankan ambil supplement magnesium citrate bagi mengurangkan tekanan dan tidur lebih  nyenyak. Secara peribadi, saya suka juga menyarankan pengambilan supplement B Complex sebagai “mood booster”.

Sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa sugar withdrawal ini bersifat sementara sahaja dan ini sebenarnya petanda yang baik kerana tubuh sedang bekerja  mengeluarkan toksin daripada tubuh, sekaligus mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh gula tambahan yang berlebihan.

Facebook Comments

Please Login to Comment.