Mengapa posting bisnes saya di Facebook tiada sambutan?

Sekarang ni sejak Facebook ada pilihan “See your memories” adakalanya saya tergelak seorang diri. Terutama bila tengok posting saya di awal penglibatan dalam bisnes secara online. Saya terfikir, entah berapa ramai la kawan- kawan dah unfollow atau unfriend saya agaknya dek kerana bisnes di Facebook.

Saya bukanlah sifu apa- apa online marketing, tetapi 5 perkara yang saya senaraikan di bawah ini mungkin antara sebab mengapa posting bisnes kita tiada sambutan. Dan ini memang kesilapan- kesilapan saya sendiri.

1- Semuanya “saya, saya, saya”
Posting tentang diri sendiri (samada diri tu lah yang paling best, atau paling malang) sukar untuk mendapat sambutan atau engagement kerana ia buat kawan- kawan dalam keadaan serba salah. Nak puji ke, nak setuju ke, nak bantah ke. Akhirnya pandang sepi saja lah posting tu, terus skrol ke bawah laju- laju. Mungkin boleh dapat 1-2 Likes, tapi setakat itu saja lah. Dan ada juga kawan- kawan yang memang dah tak suka baca posting narsistik kita tu. Memanglah akaun Facebook tu kita punya, tapi kalau nak berniaga, mesti fikir panjang untuk tingkatkan engagement, supaya orang boleh komen, atau share posting kita.

2- Semuanya “produk saya paling best”
Sudah tentu kita tahu produk yang kita jual tu paling bagus. Tapi tak perlu canang, sampai tahap merendah- rendahkan pula produk orang lain. Semasa saya mengikuti training untuk jadi certified product advisor, kami dinasihati supaya tidak membuat perbandingan ketika mempromosi produk. Kerana lambat- laun pasti ada produk yang setanding atau yang lebih baik daripada kita. Lebih baik kita fokus kepada cara bagaimana produk kita dapat menyelesaikan masalah orang lain.

3- Semuanya iklan, pagi hingga tengah malam
Posting yang tiada personaliti dan tidak original akan menyebabkan posting kita tidak popular. Lihat kembali posting, pagi ke malam, apa yang kita kongsi. Adakah ia mampu menarik minat orang untuk klik Share, ataupun menaip komen- komen. Jika penuh dengan gambar produk, poster iklan dan promosi, tiada hubungan dan komunikasi dijalankan, seolah- olah kita buka kedai di dalam gua.

4- Semuanya bagus, untung, hebat
Memang tips yang biasa kita baca, untuk berniaga di Facebook ni kita kena positif sentiasa. Tak boleh mengeluh- ngeluh dan negatif. Memang betul. Tapi pada saya, perlu juga kita appear to be normal. Ada harinya kita penat, dan kita mahu jadi sebahagian daripada golongan orang penat, yang mana isu penat saja dah boleh menaikkan engagement posting kita. Dan ada caranya menulis perkara yang tidak berapa positif, tapi dengan tone atau nada yang lebih selesa dibaca oleh orang lain.

5- Semuanya post motivasi
Kenapa? Tak bagus ke post motivasi? Sudah tentulah bagus. Tetapi mesti ada follower yang tertanya- tanya, eh dia ni sebenarnya bisnes apa? Sampai orang lupa atau dah tak tahu kita buat bisnes ke tidak sebenarnya. Sebab itu ada kawan- kawan yang jadi tak seronok dengan kita sebab sejak kita buat bisnes, tiba- tiba kita lebih hebat dari pakar motivasi sendiri. Dan lagi parah kalau kita rasa orang lain tak se-motivasi kita. Memang bermasalah nanti nak dapatkan kepercayaan dan minat orang untuk jadi customer kita.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge