Mengenali Penyakit Gout Bersama Dr. Hilmi Abdullah, KPJ Pahang Specialist Hospital

Semalam saya ajak kawan- kawan menonton Live bersama DrHilmi Abdullah yang memberi penerangan tentang penyakit gout di page KPJ Pahang Specialist Hospital .

Saya susun nota berikut berpandukan apa yang saya dengar dalam sesi Live tersebut untuk sama- sama kita faham dan kongsi bersama keluarga.

Semoga bermanfaat.

1- Penyakit gout adalah antara penyakit yang semakin ramai penghidap. Menurut Dr. Hilmi semakin ramai yang datang mendapatkan rawatan di klinik beliau.

2- Pesakit gout yang datang untuk rawatan, bukan saja ada masalah sakit sendi, tapi bersama komplikasi penyakit lain seperti masalah buah pinggang, batu karang dan sebagainya.

3- Penyakit gout berlaku apabila asid urik tinggi dalam darah. Ini menyebabkan berlaku keradangan pada sendi – bengkak dan sakit pada sendi.

4- Punca penyakit gout makin ramai penghidap ialah faktor diet – pengambilan gula berlebihan.

5- Punca lain ialah berat badan berlebihan dan peningkatan usia.

6- Penyakit buah pinggang juga menyebabkan risiko mendapat gout juga tinggi, di samping kesan sampingan ubat seperti ubat darah tinggi, ubat tibi.

7- Menurut Dr. Hilmi, ramai pesakit tak sedar bawah penyakit gout ini sangat serius sebab ia bukan sekadar melibatkan sendi – tapi menyebabkan komplikasi lain seperti risiko sakit jantung, dan strok.

8- Ada kes gout yang menyebabkan kerosakan sendi yang kekal sehingga pesakit tidak dapat lagi bekerja.

9- Ada pesakit yang masih muda sudah tidak dapat bekerja  dan kehilangan kualiti hidup.

10- Majoriti penderita penyakit gout adalah lelaki. Bagi wanita, selepas menopos, risiko dapat gout meningkat kerana faktor hormon.

11- Faktor genetik juga mempengaruhi risiko dapat penyakit gout.

12- Orang yang kerap minum alkohol juga berisiko untuk dapat gout.

13- Ada ubat darah tinggi yang menyebabkan gout kerana asid urik tidak boleh dikeluarkan dari dalam badan dengan efektif.

14- Diagnosis penyakit gout – lihat pada kadar asid urik dalam darah – normal 400. Tetapi asid urik yang tinggi tak semestinya kita sudah gout. Bacan yang tinggi lebih dari 420.

15- Asid urik tinggi bersama- sama masalah batu karang, sakit sendi, barulah doktor boleh diagnos sebagai gout.

16- Sendi yang terlibat biasanya pada kaki – majoriti akan sakit di bahagian ibu jari kaki. Sakit yang dirasakan seperti ada jarum dalam sendi/ kulit. Menyucuk- nyucuk, sakit dan susah nak bergerak. Malah terkena selimut pun sakit. Menurut Dr. Hilmi, gout adalah sejenis sakit sendi yang paling sakit.

16- Tanda luaran biasanya sendi akan merah dan bengkak.

17- Ada pesakit yang kena attack pada banyak bahagian sendi sekaligus – biasanya pesakit sudah lambat untuk dapat rawatan dan sudah merebak ke masalah radang sendi yang lain.

18- Sakit sendi gout boleh berulang- ulang. Dr. Hilmi kata sakit pada sendi boleh hilang sendiri tapi biasanya pesakit tidak tahan sebab ia berulang kali, dan perlukan ubat.

19- Biasa juga pesakit datang bila sudah ada komplikasi – sendi dah bengkok, dah kronik, tak boleh bergerak, dah ada batu karang (asid urik berkumpul di buah pinggang), dan ada pesakit yang datang dengan penyakit buah pinggang.

20- Selain tengok simptom, doktor akan buat ujian untuk pastikan penyakit gout. Yang pertama ujian darah, tengok bacaan asid urik.

21- Kadang- kadang masa attack, ada juga bacaan asid urik normal saja, tapi pesakit rasa sakit. Biasanya doktor akan akan buat pemeriksaan lanjut.

22- Doktor juga akan periksa buah pinggang, paras gula dalam darah, bacaan kolesterol – majoriti yang ada gout, biasanya ada masalah diabetes, kolesterol, sakit jantung, darah tinggi.

23- Kalau setakat cek urik asid, doktor tak dapat tengok secara keseluruhan – jadi perlu periksa tahap kesihatan menyeluruh.

24- Doktor juga akan buat x-ray nak tengok apa dah jadi pada sendi – tulang dah terhakis atau tidak. Ini sudah terlewat untuk rawatan biasa – kalau turunkan paras asid urik pun dah tak boleh sembuh sepenuhnya.

25- Ada juga pesakit gout yang dah mengalami oste-arthritis.

26- Ada juga kes yang tidak berapa jelas, doktor akan buat rawatan pada sendi yang bengkak – doktor keluarkan air pada sendi, prosedur boleh dibuat di klinik saja, tak perlu pembedahan. Kemudian air tu diuji di makmal tengok apa benda sebenarnya – nanah jangkitan kuman ke, gout ke.

27- CT scan / MRI juga dibuat pada sendi yang terlibat untuk lebih kepastian.

28- Dari segi rawatan penyakit gout – biasanya ada 2 jenis rawatan.

29- Pertama – rawatan ketika kena serangan gout. Doktor akan bagi ubat penahan sakit yang bersesuaian. Doktor akan ambil kira isu kesihatan lain pesakit sebelum beri ubat penahan sakit. Ubat jenis tahan sakit, mesti dimakan masa kena attack supaya tak berlarutan.

30- Doktor bagi juga steroid kepada pesakit samada dalam bentuk tablet atau suntikan. Ada suntikan terus pada sendi, dibuat di klinik saja, tak perlu masuk wad. Kalau pesakit tak mahu suntikan, masuk melalui drip – kena lah masuk wad. Bila dah reda sakit, pesakit sambung steroid dalam bentuk pil.

31- Kedua – rawatan jangka panjang. Ada pesakit hanya dapat serangan sekali seumur hidup. Jadi tak perlu ambil ubat long term. Jadi doktor tak bagi ubat long term immediately. Jika perlu baru doktor bagi ubat, di makan 1-2 kali sehari, seumur hidup. Ubat long term diberikan kepada pesakit yang konsisten tinggi asid urik. Jadi ubat ni bantu kurangkan asik urid.

33. Yang paling penting ialah follow up selepas rawatan. Dan ambil ubat mengikut jadual. Pesakit gout kena jumpa doktor sebulan sekali untuk doktor monitor paras asid urik dan dose ubat. Ramai pesakit tak teruskan follow up kerana ramai tak faham risiko gout sebenarnya.

34- Ramai pesakit jumpa doktor apabila telah ada pelbagai kompilkasi.

35- Ada juga kes gout yang perlukan pembedahan, seperti yang dah ada ketulan pada kaki. Jadi perlukan pembedahan, tetapi masih kena makan ubat supaya ketulan tak jadi semula.

36- Walaupun ada banyak pilihan ubat – yang baru pun ada lagi akan muncul. Tapi yang penting sekali ialah pesakit faham penyakit gout itu sendiri. Pesakit kena bertanya kepada doktor dan doktor mesti beri nasihat – pemakanan, gaya hidup sihat, berat badan idea, bersenam.

37- Ubat adalah satu aspek rawatan saja. Kalau ubat bagus tapi pesakit tak ikut nasihat doktor, tidak tercapai objektif rawatan.

38- Penyakit gout boleh dirawat dan boleh sembuh – tapi perlu disiplin.

39- Dari segi pemakanan, untuk pesakit gout sesuai dengan low purine diet. Purine yang tinggi terdapat dalam daging merah, dalam makanan laut, organ dalaman binatang, soft drinks, makanan tinggi gula, alkohol (jenis beer terutamanya), kekacang, bayam, asparagus.

40- Pesakit gout mesti minum air mencukupi. Bila kerap dehydrated, senang kena attack.

41- Buah seperti cherries, lemon, boleh menurunkan asid urik.

Ok itu saja dapat saya kongsi.

Untuk sambungan Q&A boleh klik link berikut :

https://www.facebook.com/search/top/?q=kpj+pahang+specialist&epa=SEARCH_BOX

Facebook Comments

Please Login to Comment.