Minum Teh Hijau Bantu Hilangkan Kemaruk Gula

Kebelakangan ini saya lihat minuman teh hijau atau green tea sangat popular dikongsi di Facebook, terutamanya oleh golongan yang mahu berdiet dan mengurangkan berat badan. Cara yang paling popular ialah dengan menggantikan air minuman kosong biasa dengan air teh hijau, dan diminum sepanjang hari.

Saya teringat kali pertama saya menikmati green tea ialah ketika mengunjungi restoran makanan Jepun, dan saya serta merta suka dengan rasa dan aroma teh hijau ini. Ketika itu tidak tahu pun kelebihan teh hijau ini pada kesihatan dan tubuh badan.

Apabila dapat tahu tentang kelebihan teh hijau ini, saya telah mencuba beberapa brand dan mula mengamalkannya. Saya kongsikan terlebih dahulu 5 kelebihan teh hijau yang telah saya temui melalui pembacaan saya di website Health Line.

(1) Teh Hijau Kaya Degan Polifenol Dan Anti Oksida

Teh hijau kaya dengan polifenol, iaitu kandungan di dalam tumbuhan yang terbukti dapat mengurangkan keradangan di dalam tubuh dan dapat mengurangkan risiko kanser. Anti oksida semulajadi di dalam teh hijau dikenali sebagai catechins pula membantu melindungi kerosakan pada sel tubuh. Namun begitu pilih teh hijau yang berkualiti tinggi kerana teh hijau yang berkualiti rendah mungkin terdedah dengan pencemaran fluoride berlebihan.

(2) Teh Hijau Meningkatkan Fungsi Otak

Teh hijau mengandungi caffein seperti kopi, namun dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Walaupun sedikit, kelebihan teh hijau berbanding kopi ialah, ai mengandungi amino acid L-theanine yang meningkatkan paras dopamin dalam otak yang boleh memberi kelegaan daripada kerisauan, gangguan mood dan masalah cepat lupa.

(3) Teh Hijau Tingkatkan Metabolisme Tubuh Dan Membakar Lemak

Teh hijau sangat popular digunakan di dalam ramuan supplement membakar lemak. Dengan memberikan “kejutan” kepada metabolisme tubuh, lemak dapat dibakar dengan cepat. Namun begitu kajian- kajian mendapati terdapat dapatan yang berbeza kepada pengguna teh hijau untuk tujuan ini.

(4) Teh Hijau Mengempiskan Perut

Apa yang berlaku ialah, teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak, dan lemak yang paling ketara akan hilang terlebih dahulu ialah pada bahagian abdomen. Ini memberikan kesan perut yang kempis dan ramping kepada mereka yang mengamalkan teh hijau.

(5) Teh Hijau Mengurangkan Risiko Diabetes

Kajian mendapati teh hijau membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan paras gula dalam darah. Kajian di Jepun mendapati pengamal teh hijau dapat mengurangkan risiko terkena diabates sebanyak 42 peratus.

Cinch Tea Shaklee Bantu Saya Tangani Kemaruk Gula

Apabila saya mula mengawal pengambilan gula tambahan dalam makanan dan minuman harian, saya dapati saya boleh mengawal rasa kemaruk dan ketagih gula dengan meminum teh hijau. Rupa- rupanya teh hijau boleh bantu supaya gula dalam darah tidak naik mendadak, dan dengan cara ini, kemaruk gula dapat dikawal dengan baik.

Kebiasaannya saya akan mengambil teh hijau dengan lebih kerap selepas hujung minggu sekiranya saya terpaksa menghadiri kenduri ataupun sekiranya diet saya pada hujung minggu itu mengandungi jumlah gula tambahan yang banyak daripada biasa.

Saya memilih Cinch Tea Shaklee, kerana selain daripada teh hijau, ia juga mengandungi teh Rooibus merah yang baik untuk sistem imun tubuh saya. Cinch Tea Shaklee ini beri kesan yang lebih baik kepada saya untuk tujuan mengawal kemaruk gula, berbanding teh hijau jenama lain yang pernah saya cuba. Saya juga suka dengan kesan Cinch tea yang buat saya hilang lesu, hilang mengantuk dan lebih segar sepanjang hari.

Keistimewaan Cinch Tea Shaklee

  • Mengandungi taurina, ia dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga.
  • Pek mudah untuk satu hidangan.
  • Bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.
Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: