No Sugar Challenge – Buktikan Dalam 30 Hari!

Hai, nama saya Puteri, atau lebih dikenali sebagai Coach Gula. Saya telah memulakan No Sugar Challenge untuk diri saya sendiri bermula 7 Ogos 2017. Secara peribadi, saya telah mendapat pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan selama saya mengamalkan gaya hidup No Sugar Challenge ini.

  • Berat badan saya tidak pernah lebih dari 46kg sejak December 2017
  • Ujian penuh darah (full blood test) yang sangat cantik
  • Kesihatan kulit bertambah baik
  • Tiada lagi “sugar face
  • Nampak jauh lebih muda dari usia sebenar!

 

Fasa Pra No Sugar Challenge

Pada peringkat ini, ramai yang tidak tetap hati samada mahu mencuba No Sugar Challenge ataupun tidak. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri, dan tidak pasti samada mereka perlu ataupun tidak melaksanakan No Sugar Challenge ini. Ramai juga yang bertangguh sampai langsung tak mula pun!

Untuk itu apa kata kita lihat dulu senarai di bawah, samada anda perlu atau tidak memulakan langkah pertama menyertai No Sugar Challenge ini.

FASA SUGAR WITHDRAWAL

Ramai juga orang yang gagal dalam hari pertama lagi, kerana mereka tidak faham atau tidak sedar yang tubuh mereka sedang mengalami sugar withdrawal.

Apakah yang dimaksudkan dengan “sugar withdrawal”?

Apabila kita berhenti memberikan tubuh kita jumlah yang gula yang biasa kita berikan setiap hari, tubuh memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Proses penyesuaian inilah yang dikatakan sebagai “sugar withdrawal”.

Dalam bidang neuro-sains, gula dikategorikan sebagai “natural reward”. Apabila kita makan gula, hormon dopamine akan dikeluarkan dan memberikan rasa gembira kepada kita. Jadi secara semulajadinya, lebih kerap kita makan gula, lebih kerap dopamine ini akan dikeluarkan. Dan sudah tentukan lah apabila kita berhenti makan gula, otak akan mengambil masa untuk terbiasa dengan rutin yang baru. Inilah yang menyebabkan mood kita terganggu atau cepat rasa nak marah ketika sugar withdrawal berlaku.

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Sugar Withdrawal

1- Lebih lama jangka masa mengamalkan diet tinggi gula, lebih ketara kesan withdrawal. Contoh mudah, orang yang sudah menghidap diabetes, sudah tentu berada dalam kitaran diet gula yang lebih lama. 

2- Faktor fisiologi. Ada orang tubuhnya lebih sensitif dengan sugar withdrawal dan ada orang tubuhnya lebih kuat menangani sugar withdrawal. 

3- Berhenti secara “cold turkey” (mengejut) atau berhenti sedikit demi sedikit. Yang berhenti mengejut mestilah mengalami kesan yang lebih ketara berbanding yang berhenti secara perlahan- lahan. 

Walaupun sugar withdrawal bersifat sementara sahaja, persoalannya di sini, mampukah tubuh anda menanganinya?

FASA SUGAR CRAVING

Menurut Dr. Eric Berg, kita sebenarnya boleh “kebah” 100% daripada sugar craving. Maksudnya di sini, tubuh kita mampu untuk tidak terkesan dengan apa- apa makanan bergula di sekeliling kita. Tiada keinginan, tidak ada tekanan untuk  makan makanan bergula.

Kata Dr. Berg, satu saja cara untuk menghilangkan sugar craving iaitu BERHENTI MAKAN GULA!

Jika kita tidak ada ilmu dan tidak berhati- hati memilih makanan, kita akan sentiasa mengalami sugar craving dan ini menyukarkan kita untuk menukar diet. Ada orang sudah mulakan No Sugar Challenge, sudah berjaya harungi sugar withdrawal tetapi tidak berjaya mengurangkan sugar craving.

Faktor Kegagalan No Sugar Challenge

Terdapat 2 faktor utama kita gagal mengharungi No Sugar Challenge iaitu :

1- Tidak tahu cara menangani sugar withdrawal

2- Tidak tahu cara mengelak daripada sugar craving

Usaha menangani sugar withdrawal dan sugar craving bermula dengan satu fahaman mudah iaitu :

Sugar Out, Nutrient In 

Kita boleh memendekkan jangka masa withdrawal dengan mengambil nutrisi padu daripada makanan dan supplement. Membuang gula semata- mata tidak boleh membantu tubuh menangani sugar withdrawal yang boleh berlarutan selama 1 hingga 2 minggu. Dalam jangkamasa inilah ramai yang kecundang!

Dan kita boleh mengurangkan kekerapan sugar craving, supaya kita dapat kurangkan stress memikirkan tentang makanan yang tidak baik untuk kita, tetapi sentiasa dalam fikiran 24 jam!

Mengapa kita memerlukan nutrisi yang padu?

Tahukah anda tubuh akan memberi signal yang tepat tentang kekurangan nutrisi dalam badan dan indikasi tersebut ada dalam pilihan makanan yang anda makan?

Mahukah Anda Dibantu?

Feels Amazing In Just 30 Days!

Fasa Pertama : 7 Hari Sugar Detox & Cleanse 

  • Atasi sugar withdrawal dengan bijak
  • Kembali bertenaga
  • Kembalikan fokus
  • Kurangkan keradangan dalaman
  • Atasi masalah penghadaman
  • Sedia untuk ubah gaya hidup lebih sihat

Fasa Kedua : 21 Hari No Sugar Challenge 

  • Atasi masalah sugar craving berulang
  • Atasi masalah penghadaman
  • Atasi masalah kulit dan alergi
  • Turun berat badan secara sihat
  • Tiada efek diet yo yo
  • No Sugar Challenge sebagai gaya hidup yang baru!

 Are you ready and want to same results as me?

Let’s prove it in 30 Days!

Contact Coach Gula

 

Facebook Comments