December 19, 2017

No Sugar Challenge 100 Hari

Hari ini genap 130 hari saya memulakan kempen No Sugar Challenge di Facebook dan website kami. Pada saya macam baru je lagi, tapi sebenarnya dah 3 bulan lebih, dan saya rasa semakin seronok berkongsi cerita- cerita gula, cara nak kurangkan pengambilan gula dalam diet dan juga masalah- masalah kesihatan akibat gula. Saya pun tak pasti macam mana idea ni boleh terjadi.

Tetapi satu hari tu saya fikir, saya nak cuba semula diet tanpa gula, yang dulu saya pernah buat selama 30 hari. Dengan terlalu banyak jenis diet yang orang gembar- gemburkan, saya fikir diet tanpa gula ni lah paling simple nak buat (in theory lah). Jadi saya pun mulakan 7 hari dulu. Kemudian saya sambung 30 hari, kemudian melarat 90 hari haha! Now dah lebih 100 hari, dah jadi gaya hidup dah pun. Dah tak hairan sangat dengan makanan bergula, dah boleh stop ataupun dah boleh cuba sikit saja, dan yang paling menarik tu, dah tak berapa enjoy nak makan banyak- banyak kalau makanan tu manis dan tinggi gula.

Awal bulan ni saya balik kampung dan ada juga makanan- makanan bergula yang saya makan. Saya anggap ni sebagai cheat day(s) lah. Dan seperti yang dijangka, berat badan memang naik. Naik sekilo dalam seminggu. Saya tak risau sangat, sebab bila kembali semula ke KL, sekilo tu pun hilang dalam seminggu juga. Sangat lah mudah nak kekalkan berat badan idaman kalau kita jaga pengambilan gula dalam diet kita ni.

Pada awalnya kempen ni untuk diri sendiri saja, tetapi kini dah berkembang pula. Saya dapat ramai kawan- kawan baru yang turut serta dalam group Geng No Sugar Challenge, malah saya dapat peluang jadi coach mereka pulak. Sekarang ni saya sedang kumpul kawan- kawan untuk batch ke-6 yang akan sama- sama coaching dengan saya untuk mulakan No Sugar Challenge mereka pulak. Ini yang buat saya semangat nak teruskan kempen dan siap ada website sendiri lagi khas untuk kempen ni!

Semua ni dah jadi satu aktiviti hari yang menyeronokkan untuk saya. Berkongsi tips dengan kawan- kawan di Facebook, berbincang dengan mereka di group, dan buat coaching untuk sama- sama konsisten dan dapat faedah daripada diet kurang gula ini. Saya berharap lebih ramai orang saya boleh bantu dengan kempen ini di masa akan datang. 

xx
Puteri 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: