No Sugar Challenge

Pada 7 September 2017, saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil gula tambahan dalam diet harian, dan saya mencabar diri sendiri untuk melakukannya selama 7 hari. Selepas 7 hari, saya terasa ingin sambung lagi sehinggalah 30 hari. Tidak saya sangka, selepas 30 hari, usaha dan kempen saya mendapat perhatian rakan- rakan, dan kini selepas lebih 100 hari berkempen, No Sugar Challenge semakin mendapat perhatian rakan- rakan Facebook saya. 

Ramai orang berimpian mahu bebas daripada gula, atas faktor- faktor kesihatan, terutamanya jika sudah mendapat penyakit- penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi mahupun masalah jantung.

Namun begitu, untuk bebas daripada gula bukanlah satu perkara yang mudah. Kebanyakan orang yang sudah ada masalah kesihatan, juga adalah masalah untuk tinggalkan gula kerana sudah menjadi tabiat, sudah ketagih dan tiada panduan. 

Terdapat 6 kesan positif utama yang anda boleh perolehi sekiranya anda boleh mengurangkan atau meninggalkan terus pengambilan gula tambahan dalam makanan dan minuman harian. 

  • Cegah Kulit Berjerawat
  • Cegah Simptom PMS
  • Kurangkan Berat Badan 
  • Tingkatkan Sistem Imun
  • Cegah Penyakit Kritikal
  • Badan Lebih Bertenaga

Selepas 30 hari saya melakukan No Sugar Challenge, saya telah diminta pula oleh rakan- rakan supaya bantu mereka untuk memulakan usaha yang sama. Pada awalnya sekadar suka- suka sesama kawan- kawan, tiba- tiba semakin ramai pula yang mahukan bimbingan. Jadi sejak bulan September yang lepas, ada 5 kumpulan kawan- kawan yang telah menyertai bimbingan berkumpulan di dalam group WhatsApp No Sugar Challenge. 

Daripada sini lah kami berkongsi pelbagai testimoni selepas mereka berjaya melakukan No Sugar Challenge sekurang- kurangnya selama 7 hari. Saya kongsikan sedikit daripada testimoni yang kami ada seperti di bawah ini. 

Testimoni Geng No Sugar Challenge

Menu 7 Hari 

Selain bimbingan di dalam WhatsApp, saya juga menyediakan Menu 7 Hari Tanpa Gula, yang boleh dijadikan panduan untuk kawan- kawan yang sering mengadu "Tak tau nak makan apa!" Jadi saya mudahkan mereka, hanya isi nama dan email, saya hantarkan panduan lengkap, daripada sarapan pagi hinggalah ke makan malam, semuanya tersedia! 

First name

E-mail address

Nutrisi Lengkap Untuk Tubuh

Dan untuk yang mahukan alternatif dan lebih bantuan, saya sediakan senarai 3 jenis supplemen khas untuk mereka mula amalkan bagi membantu tubuh menjadi lebih efisyen mengawal kemaruk gula. Ketiga- tiga jenis supplemen ini adalah yang paling disarankan oleh pakar pemakanan dalam banyak jurnal saintifik.  Saya kongsi 3 jenis supplemen tersebut seperti di dalam rajah di bawah : 

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula juga mengandungi 400mcg asid folik. PengambilanVita-Lea membantu badan menampung keperluan vitamin dan mineral yang tidak lengkap daripada makanan harian.

Apabila badan lengkap dengan vitamin dan mineral, kemaruk gula dapat dikurangkan. Tahukah anda, badan yang tidak cukup vitamin dan mineral secara automatik akan "minta" gula! 

Pengambilan Vita-Lea® Iron Formula setiap hari dapat melengkapi keperluan nutrisi tubuh harian seterusnya dapat mengelak daripada munculnya keinginan untuk makan makanan bergula dan terproses tinggi.   

B-Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Kajian mendapati vitamin B7 atau Biotin membantu kita mendapatkan rasa puas makan terutamanya ketika makan makanan berkarbohidrat (yang mengandungi gula).

Biotin juga membantu tubuh menukar karbohidrat kepada glucose dan menjadi tenaga.

Vitamin B6 dan B12 pula penting untuk mengawal mood yang pastinya boleh terganggu pada minggu- minggu pertama anda cuba tinggalkan gula. 

OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen. 

Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Pengambilan asid lemak omega-3 yang cukup boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan bergula atau yang berkarbohidrat tinggi secara berlebihan. 

Kajian juga mendapati pengambilan asid lemak omega- 3 meningkatkan serotonin di dalam otak yang menyebabkan kita cepat berasa puas dan kenyang ketika makan. 

Impian dan Harapan...

Saya amat berharap dengan adanya kempen No Sugar Challenge, panduan menu 7 hari dan cadangan 3 jenis supplement ini, ia dapat membantu lebih ramai kenalan, rakan- rakan dan ahli keluarga saya sendiri untuk bebas daripada masalah diet tinggi gula. Saya juga berimpian untuk menyebarkan lagi kempen ini secara meluas pada masa hadapan dengan sokongan lebih ramai pihak, samada di peringkat individu mahupun berkumpulan. Doakan saya ya 😉 


Facebook Comments