January 8, 2018

Orang Muda Dapat Penyakit Orang Tua

Andainya dapat ku ulang semula…
Suatu zaman yang bernama remaja..

Boleh tak sambung lagu ni? Kalau boleh sambung kena baca artikel ni sampai habis LOL!

Beberapa tahun yang yang lepas saya ada mendengar satu temubual bersama Maria Shriver berkenaan isu penyakit Alzheimer’s di Amerika Syarikat. Ketika itu saya mengikut rombongan syarikat ke San Francisco selama seminggu dan salah satu event highlight ialah sesi bersama Maria Shriver, pengasas The Women’s Alzheimer’s Movement.

Menurut Maria, semakin ramai rakyat Amerika menderita disebabkan ole Alzheimer’s Disease dan semakin muda usia mereka yang sudah mula menunjukkan simptom- simptom Alzheimer’s Disease ini. Muda maksudnya, di awal 40-an lagi dah ada yang terkena penyakit ini.

Penyakit ini adalah dalam kategori penyakit penuaan. Secara mudahnya, semakin kita tua, semakin kita berisiko untuk mendapat penyakit ini. Penyakit lain yang termasuk dalam kategori penyakit penuaan ialah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Pada usia saya meningkat 35 tahun ke atas, saya mendapat berita beberapa orang rakan sebaya yang telah pun mula perlu makan ubat setiap hari, terutamanya untuk masalah darah tinggi. Ini membuatkan saya terfikir, apakah kita sekarang ini tidak perlu tunggu tua untuk sakit?

Apabila saya mula mengkaji, apa yang saya faham, jawapannya terletak pada penuaan pantas tubuh kita di peringkat sel. Celluar aging adalah konsep yang menerangkan bagaimana kesihatan sel tubuh kita merosot dengan pantas.

Ini berlaku apabila sel tubuh tidak dapat lagi menahan serangan dan tekanan di dalam tubuh, ia akan rosak dan sel akhirnya mati. Lebih pantas sel rosak, dan mati, lebih mudah organ kita akan merosot fungsinya menyokong tubuh badan kita.

Sel pun macam kita juga, ia boleh hidup, boleh kena penyakit, boleh sembuh, dan boleh mati! 

Apabila saya faham begini, barulah saya jelas, mengapa ada orang muda, tapi dapat penyakit orang tua. Ada orang muda, tapi nampak jauh lebih tua. Jadi kita sekarang kena cari jalan untuk elak sel kita menua dengan pantas. Rupanya memang kita ada cara untuk melambatkan proses penuaan. Berita baik ni!

Langkah elak penuaan pantas :

Pertama, kena kurangkan makanan bergula dan berkanji. Gula ada kesan langsung dengan penuaan sel tubuh.

Kedua, elak kena pancaran matahari terlalu terik, dan sentiasa ingat untuk pakai krim pelindung uv.

Ketiga, amalkan makanan kaya anti oksida untuk lawan serangan radikal bebas. Radikal bebas memang punca sel rosak, sel sakit, sel jadi tua pantas.

Keempat, bersenam untuk peredaran darah yang sihat. Kajian mendapati bersenam 3 kali seminggu boleh panjangkan usia sepertimana panjang umur orang aktif marathon!

Kelima, tidur dengan cukup setiap malam. Ini juga merupakan petua panjang umur. Ada kajian menunjukkan warga emas  yang dapat tidur 7-8 jam sehari boleh baiki sel tubuhnya dan jadi 20 tahun lebih muda.

Nampak gayanya kalau ikut 5 petua di atas, tidak ada jalan lain selain daripada benar- benar fokus untuk ubah gaya hidup kita. Tetapi yang seronoknya, proses penuaan ini boleh diundurkan kalau betul- betul kena caranya. Jadi tunggu apa lagi, jom!

xx
Puteri

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: