Pasti Anda Risau Jika Supplement Kalsium Jadi Punca Sakit Jantung

Terdapat satu kondisi pada jantung yang dikenali sebagai “coronary artery calcium” (CAC),  satu keadaan apabila terdapat butiran kalsium pada dinding arteri pada organ jantung yang dapat dilihat melalui CT Scan.

Kalsium ini berkumpul bersama lemak dalam jangka masa yang lama dan kemudiannya boleh mengeras dan menghalang peredaran darah untuk berjalan dengan lancar. Inilah yang meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Menurut artikel di Harvard Heart Letter , walaupun terdapat kalsium di dalam lemak yang terkumpul di dinding arteri, masih tidak jelas samada kalsium berlebih dalam salur darah menjadi punca kepada keadaan ini.

Terdapat satu kajian di dalam tahun 2016, diterbitkan oleh Annals of Internal Medicine mengkaji 31 kajian lain tentang dakwaan ini dan mendapati tiada hubungan di antara sakit jantung dan supplement kalsium.

Keadaan sebegini menimbulkan kerungsingan dan pertanyaan di kalangan golongan yang mengamalkan supplement seperti kalsium.

Selama berdekad- dekad, doktor mencadangkan supaya kita mengambil kalsium untuk tulang dan badan yang kuat, dan di Amerika Syarikat misalnya, hampir 50% rakyat terutamanya warga emas mengamalkan supplement kalsium setiap hari.

Pada pendapat saya, tidak salah untuk kita berhati- hati dan memahami apakah cara terbaik untuk  mengambil supplement kalsium. Sudah tentu kita tidak mahu supplement kalsium yang kita ambil memudaratkan kesihatan kita pada masa akan datang.

Jadi, saya kongsikkan di sini 3 perkara penting yang kita wajib tahu sebagai pengamal supplement kalsium harian.

Pertama : Kita tidak memerlukan kalsium yang terlalu tinggi dalam diet harian.

Mengikut panduan RDA, secara amnya orang dewasa perlukan sekitar 1000mg sehari. Bagi ibu hamil dan ibu menyusu pula disarankan sebanyak 1300mg sehari.

Kebiasaannya doktor menyarankan kita mengambil sumber kalsium daripada makanan berbanding daripada bergantung kepada supplement.

Terdapat banyak makanan yang kaya dengan kalsium samada daripada sumber haiwan seperti susu ataupun sumber tumbuhan seperti soya, broccoli dan badam.

Imej : Google

Sekiranya kita tidak dapat memenuhi keperluan kalsium harian daripada sumber makanan, pengambilan supplement kalsium perlu mengikut dos yang ditetapkan, agar tidak berlebihan.

Kedua : Supplement kalsium tanpa vitamin D adalah sia- sia

Vitamin D boleh didapati apabila kulit kita terdedah dengan matahari dan daripada sumber makanan seperti kuning telur, daging, ikan dan susu.

Walaupun kelihatan mudah untuk dapat vitamin D dengan hanya terdedah kepada cahaya matahari, gaya hidup kita ketika ini menyebabkan kita sentiasa berada di dalam rumah atau bangunan dan tidak keluar beriadah pada waktu siang terutamanya pada waktu pagi.

Keadaan ini sebenarnya telah menjejaskan kesihatan lebih 1 bilion manusia seluruh dunia yang kekurangan vitamin D.

Apabila kita sering berkurung, tidak terdedah kepada cahaya matahari, tubuh berisiko untuk kekurangan vitamin D. Simptom tubuh yang kurang vitamin D adalah sama dengan tubuh yang kurang kalsium iaitu tulang yang poros dan meningkatkan risiko osteoperosis dan arthritis.

Tanpa vitamin D, kalsium yang kita ambil tidak boleh diregulasi dengan baik di dalam tubuh. Jadi kalsium yang kita ambil tidak diserap baik oleh tulang, akan ada risiko ia berkumpul di organ-organ lain, seperti di buah pinggang, jantung, saraf dan otot, yang akan menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Tanpa magnesium, kalsium tidak dapat diserap dengan baik

Tujuan utama kita mengambil supplement kalsium, mestilah untuk tulang yang padat dan kuat, betul tak?

Sebab itu kita kena tahu bahawa sekiranya kalsium diambil tanpa adanya magnesium, kalsium yang kita ambil tidak diserap elok ke tulang seperti yang kita mahukan.

Apakah yang akan terjadi jika kita ada kalsium, tetapi tidak cukup magnesium?

Ini yang kita tak mahu sebenarnya. Apabila tak cukup magnesium, kalsium akan ambil soft tissue dan menyebabkan arthritis pula.

Selain itu magnesium juga diperlukan untuk menyerap vitamin D.

Jadi ketiga- tiga, kalsium, vitamin D dan magnesium saling perlu memerlukan dan tubuh mesti ada cukup ketiga- tiganya untuk tulang kuat dan padat.

Buat analisa tulang untuk mengetahui keadaan tulang sebenar

Sebelum anda mengambil supplement kalsium, apa kata anda buat pemeriksaan kepadatan tulang terlebih dahulu.

Saya kongsi di situ analisa kepadatan tulang yang saya buat dalam satu pemeriksaan menggunakan mesin khas. Analisa ringkas kepadatan tulang ini boleh beritahu kita 2 perkara iaitu :

1- Adakah tulang kita padat atau poros?

2- Adakah tulang kita jauh lebih tua atau lebih muda daripada usia sebenar kita?

Menurut ujian yang saya buat ini, tulang saya seusia dengan umur sebenar saya, tidak lebih muda, atau tidak lebih tua. Saya lega dengan keputusan ujian ini kerana saya telah 3 kali hamil dan menyusukan anak dalam tempoh masa yang panjang, jadi saya risau ia beri kesan kepada kepadatan tulang.

Nampaknya supplement kalsium yang saya amalkan ternyata berkesan dan diserap baik ke dalam tulang. Saya memilih supplement yang ada kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, copper manganese dan boron. 

Buat pemeriksaan tahunan untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang

Saya juga ingin menyarankan, supaya anda melakukan pemeriksaan tahunan buah pinggang, sekiranya anda khuatir supplement kalsium yang anda ambil menjejaskan fungsi buah pinggang anda.

Saya kongsikan di sini keputusan pemeriksaan darah yang saya buat dalam tahun 2016, kira- kira selepas 5 tahun mengamalkan supplement kalsium. 

Lihat pada keputusan creatinine, eGFR, uric acid, calcium dan phosphate, kesemuanya pada paras normal. Alhamdulillah.

Pengambilan supplement kalsium tidak wajib tetapi sekiranya anda yakin bahawa tubuh anda tidak dapat sumber kalsium yang mencukupi daripada makanan harian, anda boleh pertimbangkan untuk ambil supplement.

Cuma perlu diingat, ambil supplement kalsium bersama- sama magnesium, vitamin D dan lain- lain mineral yang saling bekerja untuk memastikan supplement kalsium itu membantu tulang jadi kuat dan padat.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: