5 Sebab Anda Mesti Cuba YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser

Selepas Shaklee Malaysia mengumumkan kedatangan produk baru YOUTH™ pada bulan Mac yang lepas, dan selepas beberapa bulan di pasaran, saya kerap mendapat soalan daripada bakal pelanggan yang berbunyi,

“Dalam 5 jenis items dalam set penjagaan wajah YOUTH™ ini, apa yang perlu saya cuba dahulu?”

Pada mulanya saya sendiri keliru untuk mencadangkan apakah antara 6 item ni yang patut digunakan terlebih dahulu. Apatah lagi apabila saya dengar sendiri daripada saintis yang mengetuai penyelidikan YOUTH™, yang mengatakan bahawa dalam setiap item dalam set YOUTH™ ada bahan aktif tersendiri yang menjalankan fungsinya untuk kulit.

Tetapi semakin saya menggunakan produk ini, semakin saya mengenali bagaimana ia berfungsi dan memberi kesan kepada kulit saya (dan juga berdasarkan perkongsian pengalaman rakan- rakan yang lain), saya yakin untuk mencadangkan kepada orang lain supaya mencuba YOUTH™ LUMINOUS GEL OIL CLEANSER.

1- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT SAMADA TUA ATAU MUDA,  KULIT NORMAL ATAU KULIT SENSITIF

Luminous Gel Oil Cleanser adalah jenis pembersih wajah untuk semua jenis kulit, kerana tekstur jenis ini sangat efisyen membersihkan kotoran minyak dan juga bahan di dalam mekap.

Secara semulajadi kulit manusia memang menghasilkan minyak/sebum dari kulit. Jadi, membersihkan wajah dengan pencuci jenis “gel oil” adalah paling ideal.

Kandungan bahan yang dijamin 100% vegan menjadikan ianya sesuai untuk apa jenis kulit samada jenis kulit kering, kulit berminyak atau kulit kombinasi.

Luminous Gel Oil Cleanser akan menjalankan tugasnya mengikut keperluan kulit. Ini juga termasuk semua peringkat umur, jantina, mahupun mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif.

Antara bahan di dalam Luminous Gel Oil Cleanser yang membantu melegakan kulit sensitif ialah ekstrak yis dan  resveratrol pula menyelesaikan masalah keradangan pada kulit samada di dalam atau di permukaannya.

Ekstrak yis di dalam Luminous Gel Oil Cleanser melindungi kulit sensitif terutamanya yang ada masalah eczema, dan dermatitis dengan menangkis bakteria dan merangsang sel-sel imun.

Luminous Gel Oil Cleanser ini bebas sabun, dan mempunyai pH seimbang sesuai dengan keadaan kulit . Pencuci yang ada pH yang seimbang bantu perlahankan pembiakan bakteria punca jerawat, kekalkan struktur kulit dan lembapan pada kulit juga sentiasa terjaga.

2- EFEK BERSERI SELEPAS SETIAP CUCIAN

Tahukah anda, jika kulit wajah tidak dibersihkan dengan baik, dan bahan dalam pencuci tidak berkesan, wajah akan kekal kusam dan hilang serinya?

Antara kelebihan Luminous Gel Oil Cleanser dapat dilihat pada setiap kali kita mencuci wajah, di waktu pagi dan pada waktu malam sebelum tidur.

Green alge yang terdapat di dalam Luminous Gel Oil Cleanser, bertindak membuang sel- sel kulit yang mati dengan berkesan. Jadi tidak perlu lagi menggunakan scrub yang mungkin bertindak kasar ke atas kulit sensitif.

Kandungan AHA (acid citric) di dalamnya pula membuang kotoran yang terhasil dari minyak/sebum dari permukaan kulit dengan berkesan.

Vitamin B3 (niacinamide) yang terdapat di dalam Luminous Gel Oil Cleanser pula membantu merata tona kulit, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kedutan.

Luminous Gel Oil Cleanser juga mengandungi vitamin C dan E yang kaya dengan anti oksida mempercepatkan penghasilan sel kulit yang baru dan menjadi kunci kepada kulit awet muda.

Beta glucan yang terdapat di dalam Luminous Gel Oil Cleanser ini pula memegang kelembapan pada kulit, dan anda boleh rasa kulit memang lembab dan anjal selepas cucian.

3- KULIT TIDAK KETAT ATAU PEDIH SELEPAS DICUCI

Point ketiga ini yang paling buat saya jatuh hati dengan YOUTH™ Luminous Oil Gel Cleanser.

Kebiasaan kita dapati pencuci muka akan buat kulit terasa tegang selepas dicuci, tetapi tidak dengan Luminous Gel Oil Cleanser ini.

Rahsianya ada pada bahan minyak avocado dan ekstrak yis di dalam formula ini.

Minyak avocado sangat kaya dengan omega-3 yang berupaya melembabkan kulit, memang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit berkualiti tinggi.

Extrak yis bertindak sebagai anti radang yg berupaya mengurangkan kemerahan dan simptom lain punca iritasi kulit. Ia juga memberi kesan nyaman kepada kulit, dan ini sangat penting untuk kulit yang sensitif.

Sebab itulah penggunaan YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser sesuai untuk untuk yang bermasalah kerana ia tidak menyebabkan kulit rasa pedih dan sakit.

4- BERSIHKAN WAJAH SAMBIL RAWAT DAN ANJALKAN KULIT

YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser bukan sekadar membersihkan kulit wajah, tetapi pada masa yang sama merawat masalah kulit akibat serangan radikal bebas seperti pencemaran alam sekitar dan cahaya matahari.

Inilah kelebihan yang ada pada bahan utama dalam pencuci muka ini iaitu anggur muscadine yang kaya dengan resveratrol. Resvaratrol iaitu sejenis polifenol dalam tumbuhan yang kaya dengan anti oksida.

Antara kelebihan resveratrol di dalam Luminous Gel Oil Cleanser ialah :

  • merawat keradangan pada kulit seperti jerawat atau eczema,
  • melindungi kulit daripada serangan radikal bebas seperti cahaya matahari, pencemaran dan lain- lain,
  • melega dan menenangkan kulit sensitif seperti yang diserang eczema

Satu lagi bahan yang hebat di dalam Luminous Gel Oil Cleanser ialah beta glucan. Beta glucan bertindak menahan lembapan pada kulit supaya kulit tidak mudah kering. Selain itu beta glucan juga merangsang penghasilan kolagen bagi memastikan kulit lebih anjal selepas setiap cucian.

Beta glucan dikatakan sebagai satu bahan yang terkini dalam teknologi penjagaan kulit kerana ia didapati 20% lebih melembap berbanding Hyaluronic Acid yang biasa digunakan dalam produk- produk penjagaan kulit.

Bayangkan seawal langkah pertama iaitu mencuci, Luminous Gel Oil Cleanser sudah mula merawat, melindungi dan menganjalkan kulit kita, ia benar- benar berbaloi.

5- HANYA PAKAI SEDIKIT UNTUK KESAN OPTIMUM

Satu tiub YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser dicadangkan digunakan sebanyak 2 kali sehari dan ia cukup untuk pemakaian selama 60 hari. Anda hanya perlu basahkan muka, picit pencuci ini sebesar saiz kacang pis ke tapak tangan dan terus gosok secara lawan jam ke serata wajah, bahagian leher dan di bahagian atas dada sekiranya perlu.

Tetapi jangan terkejut sekiranya, anda boleh guna YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser ini lebih daripada 60 hari kerana ianya memang menjimatkan.

Tidak kira samada anda jenis yang rajib bermekap atau tidak, ternyata pencuci muka ini menjalankan tugas membersih, merawat dan melindungi dengan baik sekali tanpa memerlukan jumlah yang banyak untuk setiap kali penggunaan.

====

Saya harap perkongsian ini dapat beri panduan kepada anda yang membaca. Saya akan menulis tentang langkah kedua iaitu YOUTH™ Perfecting Skin Toner dalam posting akan datang. Stay tuned 😉

Nota : Rujuk poster di bawah untuk senarai lengkap 5 langkah penjagaan wajah 100% daripada sumber tumbuhan dengan YOUTH™.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: