January 6, 2018

Mahu Percutian Percuma Saja, 100% DiTaja!

Petang tadi saya dapat satu soalan daripada team member saya,

“Kak Puteri, kalau kami fokus bisnes untuk dapat HOLIDAY je ok tak?”

Eh, OK sangat tu!

Selepas beberapa tahun berbisnes ni, saya semakin faham tentang kepelbagaian IMPIAN manusia. Awal- awal dulu saya ingatkan kalau orang tu nak berniaga, wajib lah dia ada impian nak jadi JUTAWAN! 

Gitu sekali tembakan rambang kan haha! PADAHAL manusia ni ada pelbagai impian, tak boleh kita sama-ratakan.

Anyway, back to my team member’s dream plan.

Secara ringkas, bisnes kami ini menawarkan percutian tahunan (atau boleh pilih pakej umrah & ziarah bagi Muslim). Ada dua pilihan percutian tahunan iaitu percutian di negara- negara dalam serantau Asean atau percutian antarabangsa. Tetapi bagi yang layak, mereka boleh menikmati kedua- duanya sekali.

Setakat ini kami sudah menikmati beberapa percutian 5 bintang, yang dalam negara dan luar negara seperti di Italy dan USA, dan baru- baru ini percutian dengan kapal persiaran ke Phuket.

Tetapi saya bukan nak bercerita keseronokan percutian sebab pada saya siapa- siapa pun boleh bercuti, malah ramai yang bercuti jauh lagi hebat daripada ini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana kita boleh melihat satu tawaran seperti percutian ini, bukan sebagai 1 peluang, tetapi saya boleh senaraikan LIMA PELUANG. 

Ok dengan pantas, mari saya senaraikan peluang- peluang tersebut :

  1. Peluang jimat masa susun jadual bercuti. Dah jimat masa tak payah fikir apa nak buat pagi ke malam, makan minum apa, bilik yang bagaimana, tiket kapal terbang harga berapa. Hantar saja nama, perbaharui paspot, kemas beg, gerak!

  2. Peluang bercuti dengan kawan- kawan sekepala dan sealiran. Yang ni memang havoc kalau kita pergi single mingle, sanggup berjaga malam berborak sampai pagi. Dah macam rewind kejadian duduk di Aspuri dulu- dulu.

  3. Peluang bercuti tanpa kos. Ok la bukan lah 100 takde kos, sebab mesti lah beli jugak 2-3 helai baju baru kan, spek hitam baru ke, selipar baru ke untuk lebih feeling. Tetapi apalah sangat kos tu berbanding belanja nak beli tiket flight, makan minum, hotel.

  4. Peluang honeymoon setiap tahun. Yang ni memang awesome untuk pasangan suami isteri. Ramai ambil peluang untuk be-honeymoon setahun sekali, tenang tanpa risaukan anak- anak punya hal waktu cuti. Cuma kena risau kalau balik bercuti, anak baru pun muncul #kisahbenar

  5. Peluang untuk relax and recharge. Bila dah dapat peluang bercuti tanpa keluar kos, tanpa fikir hal- hal macam tempat makan, tempat nak tidur, sampai tempat shopping pun mereka uruskan, inilah masanya untuk kita benar- benar REHAT. Selepas setahun bekerja keras, dapat 4-5 hari rehat yang betul- betul rehat memang berbaloi dan rugi sangat kalau dilepaskan!

So YES, sudah tentu tak ada masalah langsung jika kita hanya fokus mahukan percutian yang ditaja ini daripada syarikat.

YES, impian masing- masing sudah tentu berbeza, jadi usahalah untuk mencapainya, tanpa perlu banding- banding dengan impian orang lain.

So YES, let’s do this!

xx
Puteri

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: