January 4, 2018

Perlahankan Penuaan Tubuh Secara Semulajadi

Sejak tahun lepas, pelbagai perkara saya fikirkan berkaitan dengan usia saya yang akan genap 40 tahun dalam bulan Oktober nanti. Antara yang jadi keutamaan semestinya kesihatan, amal ibadat dan ilmu baru. Kalau dulu memang tengok pun produk- produk berkaitan anti penuaan ni, tapi sekarang, memang toleh dua tiga kali lah. Bukan dibuat- buat, memang bila dah masuk fasa 40an, memang keinginan untuk kekal muda tak dapat dielak rupanya!

Bulan Disember yang lepas saya menghadiri satu ceramah oleh syarikat, dan kami diperkenalkan dengan satu produk baru iaitu CoQTrol Plus. Sesuai dengan minat semasa saya, CoQTrol Plus juga memberi penumpuan kepada keperluan badan yang sedang mengharungi penuaan. 

Sebelum saya cerita lebih panjang lebar, anda kena tahu yang proses penuaan ni bukan lah eksklusif untuk yang dah berusia macam saya saja. Proses penuaan berlaku sejak kita lahir, tetapi menjelang usia 30an, penuaan berlaku dengan lebih pantas. Sebab itu bila masuk umur 30an, kita boleh lihat banyak beza antara seorang yang jaga kesihatan, jaga pemakanan, dengan yang tidak. Perlu juga kita ketahui, proses penuaan berlaku dengan pantas kepada mereka yang ada penyakit, dan golongan yang ada masalah obesiti. 

Mengapa Tubuh Perlukan Coenzyme Q10?

Coenzyme Q10 diperlukan oleh tubuh mengelakkan tubuh kita menghadapi masalah- masalah seperti : 

  • Keletihan yang serius (fatigue)
  • Cepat lupa, tidak cekap berfikir
  • Kulit kusam, berkedut, terbakar matahari
  • Kerap terkena jangkitan penyakit 

Masalah- masalah ini berpunca daripada sel yang semakin menua dan tidak sihat, samada disebabkan oleh penyakit, berat badan berlebihan ataupun penuaan. 

Polifenol pula dapat membantu : 

  • Memperbaiki bacaan gula dalam darah
  • Menggalakkan pengeluaran kolagen dalam tubuh
  • Menyihatkan saluran darah 
  • Menyihatkan jantung 

Saya ada menulis satu posting yang lebih terperinci tentang coenzyme Q10 sebelum ini dengan bahasa yang mudah difahami. 

Siapa Perlukan CoQTrol Plus?

Terdapat 4 golongan utama yang memang menjadi pelanggan utama supplement CoQTrol Plus, malah ternanti- nanti kehadirannya di pasaran iaitu :

  • Individu yang gemar bersenam dan bersukan. Mereka ini mahukan stamina berkekalan,  dan mahu membina otot dengan cara yang sihat dan selamat. Coenzyme Q10 juga membantu proses penyembuhan selepas kecederaan. 
  • Individu yang ada sejarah penyakit jantung dalam keluarga dan mahu mengurangkan risiko penyakit jantung untuk diri sendiri. Organ jantung mengandungi paling banyak coenzyme Q10. 
  • Pasangan yang merancang untuk hamil. Coenzyme Q10 sangat banyak terdapat di ovum wanita dan diperlukan dengan banyak oleh sperma. 
  • Individu yang mahukan kulit yang muda remaja, tegang, tidak berkedut dan jauh lebih muda dari usia. Coenzyme Q10 menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. 
  • Individu yang mahu mengekalkan fungsi otak yang sihat dan cerdas. Coenzyme Q10 meningkatkan kebolehan memori dan dapat mengurangkan risiko nyanyuk atau Alzheimer's. 

Kandungan CoQTrol Plus 

Produk CoQTrol Plus dipertingkatkan lagi kekuatan anti-oksida dengan tocopherol dan untuk memastikan ia dapat diserap dengan baik dalam tubuh, formulasi ini ditambah dengan minyak zaitun. Secara ringkas setiap biji CoQTrol Plus mengandungi : 

100mg coenzyme Q10
2mg resvaratrol (polifenol)
5mg tocopherol 

Sumber semulajadi coenzymeQ10 di dalam produk ini diperolehi daripada yis dan sumber polifenol adalah daripada buah anggur muscadine. 

Setiap botol CoQTrol Plus mengandungi 30 kapsul untuk bekalan 30 hari. Ianya dipasarkan pada harga RM126.14 sebotol. Untuk bekalan CoQTrol Plus anda, HUBUNGI saya hari ini. 

xx
Puteri 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: