January 16, 2018

Rahsia Awet Muda Dengan Polifenol

Apabila saya membaca tentang kajian- kajian tentang usaha mengekalkan kesihatan dan keremajaan tubuh pada usia 40-an, saya bertemu dengan bahan semulajadi yang disebut sebagai POLIFENOL. Dan apabila saya buat lebih kajian dan bacaan, rupa- rupanya polifenol lebih hebat dan berguna kepada tubuh, bukan sekadar ramuan awet muda.

Polifenol adalah, 

“Bahan yang ditemui dengan banyak di dalam tumbuh- tumbuhan yang tinggi anti- oksida. Terdapat lebih 8000 jenis polifenol di dalam pelbagai jenis tumbuhan, dan antara tumbuhan yang tinggi kandungan polifenol termasuklah daun teh, anggur, koko dan minyak zaitun”

Sumber Polifenol Semulajadi

Polifenol bukanlah satu penemuan baru dalam tumbuh- tumbuhan malah lebih 8000 jenis polifenol telah dikenalpasti dalam pelbagai jenis buah, sayuran, bijian dan bijiran.

Dua jenis polifenol yang paling kerap ditemui di dalam sumber makanan ialah flavanoid yang terdapat pada kulit di bahagian dalam buah- buahan citrus dan resveratrol yang terdapat pada kulit anggur merah.

Bagaimana Tubuh Ter-Oksida?

Oleh kerana perbincangan dalam hal polifenol berkisar tentang anti- oksida, kita perlu terlebih dahulu faham, bagaimana tubuh kita ter-oksida. Secara ringkas, setiap hari sel dalam tubuh kita boleh ter-oksida, dan apabila tubuh ter-oksida, ia akan menghasilkan radikal bebas di dalam tubuh kita sendiri, dan merosakkan sel yang sihat dan juga DNA tubuh kita.

 

Radikal bebas di dalam sel tubuh akan “mencuri” elektron daripada sel yang sihat, dan menjadikannya tidak stabil. Semakin banyak radikal bebas, semakin cepat sel menjadi tidak stabil dan semakin merosotlah kesihatan tubuh badan kita.

Untuk menstabilkan sel yang telah “dicuri” elektron tadi, tubuh memerlukan anti- oksida bagi membekalkan elektron dan sel akan stabil semula.

Setiap hari tubuh kita akan diserang oleh radikal bebas, yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar, pemakanan yang tidak berkhasiat dan berbahaya kepada tubuh, pancaran matahari, dan malah ekanan perasaan juga menghasilkan radikal bebas di dalam tubuh.

Secara mudahnya, selagi kita bernafas, selagi itulah kita akan diserang oleh radikal bebas, setiap hari!

1- Tabiat merokok

Pencemaran asap rokok masuk terus ke dalam paru- paru, bukan saja memberi peluang kepada radikal bebas merosakkan sel, malah melambatkan proses sel untuk diperbaiki semula. Sebab itu perokok biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh daripada serangan penyakit, walaupun sekadar batuk dan demam.

2- Tabiat makan

Makanan terproses, tinggi gula dan tidak berkhasiat melemahkan sel tubuh kerana ia tidak ada nutrisi yang diperlukan untuk ia kekal sihat. Tabiat makan yang buruk juga membawa kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti, kencing manis dan darah tinggi, menyebabkan kesihatan sel semakin merosot.

3- Pencemaran alam sekitar

Setiap kali kita bernafas, samada di dalam rumah atau di luar sana, tubuh kita diserang radikal bebas bertubi- tubi tanpa kita sedari. Tubuh yang sihat dan kaya dengan anti-oksida berupaya melawan dan menstabilkan sel, tetapi tubuh yang tidak sihat (contohnya perokok dan obes) tidak mampu melawan dan akan jatuh sakit.

4- Sinaran uv matahari

Apabila radikal bebas daripada sinar uv singgah di tubuh, ia mencetuskan sejenis enzim yang merosakkan kolagen lantas menyebabkan kulit berkedut dan tubuh menjadi tua dengan pantas.

5- Tekanan perasaan dan minda

Tanpa kita sedari, tekanan yang kita lalui setiap hari menghasilkan radikal bebas di dalam tubuh. Lebih kita stress, lebih banyak radikal bebas muncul, dan “mencuri” elektrok daripada sel tubuh kita dan menyebabkan sel tidak seimbang dan menjadi rosak.

Perubahan Gaya Hidup, Melambatkan Tubuh Ter-Oksida

3 perubahan gaya hidup yang wajib diambil bagi memastikan sel tubuh tidak ter-oksida dengan pantas ialah :

1- Pilih makanan yang berkhasiat dan seimbang

Pemakanan adalah isu terbesar dalam gaya hidup masyarakat zaman moden, dan ini adalah punca kepada banyak kerosakan dalam tubuh badan manusia, bermula di peringkat sel lagi. Perubahan mesti dilakukan dalam diet harian termasuklah dengan menolak makanan terproses, katakan tidak kepada makanan bergula, dan belajar memilih nutrisi yang baik untuk tubuh. Makanan yang benar- benar bernutrisi merawat tubuh secara semulajadi dan dapat mengelak kita daripada perlu bergantung kepada ubat.

2- Mulakan gaya hidup aktif

Bersenam dan sentiasa aktif membantu tubuh menghilangkan stress yang menjadi punca kepada serangan radikal bebas. Apabila kita aktif dan cergas, tubuh dapat mengeluarkan enzim yang melawan radikal bebas dengan mudah.

3- Pilih supplement anti- oksida yang paling berkesan

Polifenol dikenalpasti sebagai sumber anti- oksida terbaik untuk tubuh. Pemilihan sumber makanan yang tinggi polifenol boleh sedikit sebanyak membantu, tetapi untuk keperluan harian yang mencukupi, tubuh boleh dibantu dengan supplement seperti Vivix.

Apabila radikal bebas menyerang sel, anti- oksida daripada polifenol yang terdapat akan membantu sel kembali sihat dan bertenaga. Pada masa akan datang, anti- oksida telah bersiap sedia pula untuk melindungi sel daripada diserang lagi. 

Kajian Saintifik Polifenol Dan Penyakit

Terdapat banyak kajian saintifik yang mendapati pengambilan polifenol dalam diet harian dapat memberi  kebaikan anti- oksida kepada tubuh melawan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan sel yang pantas. Di dalam kajian- kajian ini, polifenol dikaitkan dengan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit akibat kemerosotan saraf otak seperti Alzheimer’s Disease. 

Polifenol juga telah menjadi fokus banyak kajian yang mengaitkannya dengan kesihatan jantung, mengekalkan kulit yang muda dan berseri, di samping mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat.

Kesimpulan

Pemahaman yang jelas tentang fungsi polifenol di dalam sumber botani adalah penting bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam mendapatkan manfaatnya. Di samping itu juga, perubahan gaya hidup perlu dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan sel kita terlindung daripada serangan radikal bebas dan berupaya diperbaiki oelh tubuh dengan masa yang pantas.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: