September 4, 2017

Poster Pemasaran Bantu Ahli Buat Jualan

Pada awal tahun 2016, saya mula menghasilkan poster- poster pemasaran untuk kegunaan team bisnes saya.

Idea ini timbul berikutan dengan maklumbalas daripada ahli team yang mahukan bahan- bahan pemasaran terkini untuk mereka gunakan setiap hari.

Setiap hari saya akan bekalkan mereka dengan beberapa keping poster mengikut tema mingguan atau bulanan.

Poster- poster ini saya buat dengan menggunakan Canva sahaja kerana ia sangat mudah dan pantas seperti yang saya terangkan dalam video Canva ini

Kemudian saya akan menyebarkan poster- poster ini melalui applikasi broadcast di WhatsApp kepada semua ahli yang berminat untuk menggunakannya.

Setiap hari pada pukul 10 pagi mereka akan terima 3 poster mengikut tema mingguan atau bulanan yang telah dipersetujui bersama. 

Saya kemudiannya menyediakan satu secret group di Facebook bagi memudahkan ahli- ahli lain pula mengambil poster yang telah tersedia. 

Ini sangat memudahkan ahli baru bermula kerana mereka masih belum ada banyak idea untuk mencipta poster sendiri yang kreatif dan menarik perhatian. 

Saya kemudiannya menyediakan satu secret group di Facebook bagi memudahkan ahli- ahli lain pula mengambil poster yang telah tersedia.  Ini sangat memudahkan ahli baru bermula kerana mereka masih belum ada banyak idea untuk mencipta poster sendiri yang kreatif dan menarik perhatian. 

Saya juga mengumpul testimoni pengguna- pengguna produk supaya ahli- ahli boleh berkongsi dengan lebih mudah dengan prospek mereka. Cara ini juga dapat menyeragamkan branding kumpulan dengan lebih baik.

Untuk memastikan poster pemasaran kami menerima respon yang baik, saya juga meminta ahli group berkongsi testimoni sekiranya mereka berjaya close sale dengan menggunakan poster tersebut. 

Cara ini juga dapat menyemarakkan semangat ahli yang lain untuk terus berkongsi poster- poster tersebut. 

Poster- poster pemasaran kami juga dikongsi oleh rakan- rakan Facebook yang lain kerana bahan yang kami sediakan tidak terhad kepada iklan produk semata- sama. 

Poster yang mengandungi tips dan petua telah mendapat sambutan dan salah satunya telah pun viral dan digunakan oleh rakan bisnes yang lain (walaupun tanpa izin, kami tak kisah sangat hee...)

Selepas 3 bulan kami telah berjaya mengumpul lebih 1000 poster dalam 60 album berbeza mengikut topik dan tema.


Click to Tweet

Kini saya hanya mengemaskini poster- poster mengikut keperluan semasa sahaja. Ahli group kini bebas untuk memilih poster yang mereka suka pada bila- bila masa sahaja. Saya amat berharap kemudahan ini memberikan motivasi kepada ahli untuk terus berkempen dan memenangi hati prospek dan seterusnya dapat close sale dengan lebih baik. 

Untuk menyertai team kami, sila ke link ini dan dapatkan maklumat lanjut. 

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 276 other subscribers

Related Posts
No related posts for this content

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge