July 24, 2018

8 Tips Ringkas Pilih Produk Penjagaan Kulit Di Usia 40-an

Saya membaca satu artikel pagi tadi tentang penjagaan kulit wanita berusia 40-an. Saya kongsi di sini secara ringkas apa yang saya baca dan faham daripada artikel tersebut, mungkin boleh membantu anda juga.

1- Ramai orang ingat, tidak perlu beria- ia nak memilih pencuci muka. Rupa- rupanya, kualiti pencuci muka akan menentukan samada penyegar (toner) dan pelembab dapat menjalankan tugas dengan baik. Kalau langkah pertama pun dah tak sesuai, langkah- langkah seterusnya mungkin akan jadi kurang efektif. Menurut artikel itu juga, kebanyakan pencuci di kedai- kedai sesuai untuk kulit muda. Kulit wajah 40-an yang lebih kering memerlukan kita mencari yang benar- benar sesuai dan berkualiti.

2- Artikel ini juga menyebut supaya kita mendapatkan pencuci muka yang mengandungi AHA kerana AHA membantu kulit menyerap penyegar, pelembab dan krim SPF dengan lebih baik.

3- AHA juga membantu memberi efek lembut pada wajah, seperti span menyerap, jadi kita tidak perlu lagi menggunakan skrub untuk membuang daki kotoran pada wajah.

4- Tidak boleh elak lagi, apabila sudah memasuki usia 40an kita memang perlu mulakan rutin memakai serum. Artikel ini menyebut, serum ibarat seperti pakaian dalam mewah. Walaupun pakai di dalam, tetapi kesan cantik pada tubuh dan pakai menyerlah di luar.

5- Tips yang dikongsi dalam artikel ini menyebut, pilih serum yang sesuai untuk waktu siang dan waktu malam. Untuk siang, pilih yang mengandungi anti-oksida seperti resveratrol, vitamin C dan vitamin E. Ia penting untuk melawan Untuk malam pula, pilih yang mengandungi retinol bagi proses memperbaiki sel kulit.

6- Bagi memilih krim SPF pulak, pilih yang ada “broad spectrum” UVA dan UVB, sekurangnya SPF 30. Pemakaian SPF ini bukan bertujuan untuk baiki kesan sedia ada akibatan pancaran matahari tetapi untuk melindungi daripada muncul kesan- kesan baru pula.

7- Untuk krim malam, mungkin ramai yang macam saya, sebelum ini memang tidak ambil peduli sangat. Tetapi untuk wanita 40an, inilah rahsia awet muda kerana krim malam membantu merangsang pengeluaran kolagen untuk kekalkan keanjalan wajah lebih lama.

8- Akhir kata, menurut artikel ini, tidak rugi sekiranya kita mula ambil berat tentang penjagaan kulit wajah di usia 40an kerana ia akan menjimatkan masa dan kos ketika kita menginjak usia 50an dan 60an. Lebih cepat kita bersedia, lebih mudah untuk kita kekal awet muda 🙂

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: