Program 7 Hari Detox Queen

Apa itu program Detox Queen?

Program Detox Queen adalah program detoks selama 7 hari yang dikendalikan di dalam kumpulan. Program ini dibuat secara berkala, secara ideal adalah pada minggu pertama setiap bulan. Menu harian selama 7 hari adalah berpandukan pelan pemakanan tetap yang diikuti oleh semua peserta.

Mengapa kita perlu detoks?

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

5 saluran utama toksin yang perlu diberikan perhatian!

Pemakanan

Makanan yang diproses, tinggi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan mendedahkan tubuh kita kepada toksin dan bahan kimia berbahaya. Selain daripada itu racun serangga yang digunakan untuk buah- buahan dan sayur segar juga berisiko menambah toksin di dalam tubuh.

Udara

Pencemaran udara seperti jerebu meningkatkan risiko tubuh kepada sisa toksin. Selain jerebu, tempat tinggal atau tempat kerja yang tinggi percemaran udara juga boleh beri bebanan toksin berlebihan pada tubuh.

Air

Hujan asid, sisa pencemaran yang diserap oleh tanaha, pelupusan sisa buangan boleh mencemarkan air kita. Pencemaran air boleh beri kesan seperti tumbesaran terbantut dan kerosakan organ dalaman.

Tubuh badan sendiri

Tahukah anda tubuh badan kita sendiri menghasilkan toksin sendiri, kerana apabila organ bekerja, ia juga mengeluarkan toksin dengan sendirinya.

Gaya hidup

Ada juga toksin yang kita sendiri ambil melalui gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum alkohol. Ini mennyebabkan tubuh terbeban dengan lebih banyak toksin setiap hari.

Kesan positif detoks…

Testimonial…

Pendekatan yang digunakan…

Program Detox Queen menggunakan “Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee” yang mana ia boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat.

Ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh anda akibat tekanan oksida (oxidative stress).

Sekiranya anda melakukan program detoks ini mengikut saranan, anda mampu memperoleh kebaikan optimum melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.

Pelan pemakanan yang digunakan untuk program ini hanya menggunakan sumber yang,

  • SELAMAT
  • SEMULAJADI dan
  • BERKESAN

Program ini memberi fokus kepada super food yang bertugas memulihkan organ dan sistem detoks keseluruhan tubuh. Nutrisi padu ini diperolehi daripada sumber makanan segar dan disokong oleh penggambilan supplement secara tersusun. Program ini juga disusun dengan memasukkan 11 jenis makanan utama yang menyokong proses detoks seperti di dalam gambar rajah di bawah. Anda boleh  baca setiap satu jenis makanan dan khasiatnya di link berikut : https://www.shaklee.com.my/content/detox-topfood


Contoh menu…

 

Program Detox Queen menyediakan…

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej Detox Queen.

Facebook Comments