January 23, 2018

Punca Wanita Lebih Ramai Terkena Penyakit Alzheimer

Dianggarkan menjelang tahun 2020 (2 tahun je lagi!) terdapat lebih 120,000 orang di Malaysia berisiko menghidapi penyakit Alzheimer. Secara umumnya ia boleh menyerang warga emas berusia 60 tahun ke atas, tetapi terdapat kajian di Amerika Syarikat mendapati, semakin ramai orang dewasa yang berusia 40-an mula mendapat simptom Alzheimer. Dan golongan wanita didapati lebih ramai berisiko untuk terkena penyakit ini.

Antara simptom- simptom penyakit Alzheimer termasuklah :

1- Pada tahap awal, pesakit akan mula lupa tempat- tempat yang biasa dikunjungi

2- Pesakit akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan sesuatu tugas mudah

3- Pesakit tidak dapat menguruskan diri dengan cekap, seperti memberus gigi, menyikat rambut, memakai baju

4- Pesakit akan mula menghadapi masalah untuk melangkah dan berjalan

5- Pesakit akan perlahan- lahan lupa nama- nama insan yang disayangi,

6- Pesakit tidak mampu lagi bertutur dengan baik

Perlu diketahui bahawa, penyakit Alzheimer bukanlah penyakit normal disebabkan oleh penuaan, tetapi disebabkan oleh kemerosotoan sel saraf otak. Sekiranya sel saraf otak sihat di usia emas, risiko terkena penyakit Alzheimer dapat dikurangkan.

Kajian mendapati terdapat 2 faktor utama kepada penyakit Alzheimer iaitu, faktor usia dan faktor jantina. Semakin berusia seseorang itu, semakin berisiko untuk mendapat penyakit ini disebabkan oleh kemerosotan sel otak. Dan lebih ramai wanita mendapat penyakit ini berbanding lelaki.

1- Kemerosotan Estrogren Lemahkan Sel

Kajian mendapati terdapat perbezaan di antara mitochondria (kilang tenaga) di dalam sel wanita muda berbanding wanita yang pre- menopos dan wanita yang sudah menopos. Mitochondria di dalam sel wanita yang sudah menopos berkurangan dengan banyak sekali, seirirng dengan hormon estrogen yang merosot. Hormon estrogen melindungi sel dalam tubuh wanita, termasuklah sel saraf otak.

2- Faktor Genetik Tingkatkan Risiko Wanita, Berbanding Lelaki

Kajian mendapati bagi wanita yang ada sejarah keluarga yang mengalami penyakit Alzheimer, risiko untuk wanita mendapat penyakit tersebut meningkat dua kali ganda berbanding wanita yang tidak ada sejarah keluarga mengalami Alzheimer. Untuk lelaki pula, risiko bagi yang

3-  Kesihatan Jantung Main Peranan Penting

Terdapat kajian yang mengaitkan kesihatan jantung dengan risiko penyakit Alzheimer, yang menunjukkan ada kaitan di antara paras kolesterol, penyakit kencing manis dan obesiti. Wanita obes didapati lebih berisiko dapat kencing manis berbanding lelaki. Dan wanita yang sudah menopos lebih berisiko mendapat sakit jantung.

Penyakit Alzheimer sudah ditemui lebih 100 tahun yang lalu, namun sehingga kini belum ditemui lagi ubat yang boleh memulihkan pesakit. Oleh sebab itulah penyakit ini digelar sebagai “the long goodbye”, bermakna apabila seseorang itu sudah terkena Alzheimer, hidupnya seolah- olah telah berakhir, sebelum nyawanya.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: