Rahsia Buah Kurma Melawan Sugar Withdrawal

Saya mahu kongsi tips kawal sugar withdrawal supaya makin lama makin singkat masa withdrawal dan makin kurang sengsara.

Saya cadangkan anda ada bekalan BUAH KURMA di rumah, di pejabat, mahupun di dalam beg tangan.

Biasanya orang takut mahu makan buah kurma bila buat No Sugar Challenge kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Ya betul.

Buah kurma memang tinggi kandungan gula semulajadi.

Jenis gula dalam kurma ialah fruktosa, iaitu jenis gula semulajadi yang terdapat dalam semua buah.

Dalam sebiji buah kurma sahaja ada 70-80 peratus gula, selain kaya dengan serat dan antioksida.

Sebiji kurma Medjool, ada 16 gram gula, dan 67 kalori. Makan 4 biji dah dapat 268 kalori dan 64 gula.

Tidak batal kah No Sugar Challenge kalau makan kurma jika kandungan gulanya tinggi begini?

Begini.

Sugar withdrawal ini bersifat sementara, jadi makan buah kurma untuk waktu- waktu “kecemasan” juga bersifat sementara.

Buah kurma jauh lebih baik daripada kita ambil minuman bergula yang dibancuh dengan gula putih dan susu krimer, betul tak?

KalJikaau kita kembali kepada gula putih terproses ketika sugar withdrawal, esok kita akan lalui proses yang sama, lama- lama kita boleh putus asa.

Tahukah anda buah kurma juga selamat untuk pesakit diabetes, jika dimakan 3-4 biji sehari bersama- sama diet yang seimbang.

Buah kurma juga tidak buat gula naik mendadak dalam darah kerana sifatnya yang rendah indeks glisemik.

Boleh baca kajian dalam jurnal ni, saintis membandingkan 5 jenis kurma, dan kesemuanya tidak buat gula dalam darah naik mendadak.

Sebab itulah kita perlu makan buah kurma dulu ketika berbuka puasa, supaya gula dalam darah tak naik mendadak seperti apabila kita makan nasi, minum air bergula, atau makan kuih.

Buah kurma sememangnya senjata yang sangat berkesan untuk melawan kesan sugar withdrawal.

Frankly I am obsessed with its effect!

Jadi usah ragu- ragu nak makan buah kurma ya.

Facebook Comments

Please Login to Comment.