Supplement Usus Sihat

Kesihatan usus adalah sangat penting bagi memastikan semua nutrient yang anda ambil daripada makanan dan juga supplement diserap dengan baik di usus, dan memberi faedah kepada tubuh anda secara keseluruhan.

Terdapat 3 kawasan utama dalam tubuh di mana berlakunya proses pencernaan, penghadaman dan pembuangan.

Apabila kita makan, makanan dicerna di dalam perut.

Kemudian, nutrient yang terdapat di dalam makanan itu akan diserap di usus kecil.

Akhirnya, bahan lain yang tidak dihadam dan perlu dibuang, tersimpan di usus besar sebelum dikeluarkan.

5 Organ Penting Dalam Sistem Penghadaman

Terdapat 5 organ di tubuh kita yang bekerja dalam sistem penghadaman.

1- Mulut : Nikmati rasa dan tekstur makanan dan menghancurkannya sebelum ditelan

2- Esofagus : Bawa makanan yang sudah dikunyah dan hancur ke perut

3- Perut : Hancurkan lagi makanan menjadi cecair dengan bantuan asid di perut

4- Usus Kecil : Menyerap nutrisi daripada makanan dan melakukan pelbagai “chemical breakdown”

5- Usus Besar : Menyerap air dan mengeraskan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh sebelum dibuang

Nutrisi Di Serap Di Usus Kecil

Di usus kecil pula terdapat 3 bahagian yang dikenali sebagai duodenumjejunum and ileum.

Kebanyakan nutrisi diserap di duodenum dan di jejunum.

Di sinilah karbohidrat, asid amino, pilid, zat besi dan lain- lain di serap. Vitamin seperti B12, elektrolit dan air diserap di ileum. 

Nutrisi diserap di usus kecil dalam masa 5 hingga 6 jam selepas kita makan.

Manakala makanan yang tidak dihadam akan bergerak di dalam usus besar untuk dibuang, mengambil masa 12 hingga 24 jam.

Tanda- Tanda Usus Sihat

Fungsi sistem penghadaman yang sihat akan memastikan tubuh dapat memproses makanan dengan baik, menyerap nutrisi dengan baik dan membuang lebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh dengan baik juga.

7 Tanda Usus Anda Sihat

1- Anda boleh buang air besar setiap hari tanpa masalah. Najis tidak terlalu busuk, mudah dikeluarkan dan tidak terlalu keras atau terlalu cair.

2- Anda boleh kentut setiap hari tetapi tidak terlalu kerap (tidak lebih dari 20 kali kentut sehari), kentut tidak terlalu busuk dan tidak menyakitkan.

3- Mulut anda tidak berbau busuk.

4- Anda tidak ada masalah kekurangan zat besi dalam tubuh.

5- Anda ada selera makan yang baik. Tidak terlalu berselera, dan tidak pula hilang selera makan.

6- Anda tidak mengalami masalah kembung perut, pedih ulu hati, rasa lesu, setiap kali selepas makan.

7- Anda mempunyai tahap kesihatan yang baik, kulit yang bersih, tidak kerap demam, bertenaga dan tidak cepat letih.

Masalah Sembelit

Masalah sembelit atau sukar untuk buang air besar boleh dialami oleh semua orang tidak  mengira usia, samada bayi, kanak- kanak mahupun orang dewasa. Antara petanda- petanda kita mengalami masalah buang air besar ialah:

1- Kurang kekerapan buang air besar seperti biasa

2- Rasa pedih dan sakit ketika buang air besar

3- Sakit perut

4- Najis keras dan kering, lebih besar atau terlalu kecil seperti kepingan pellet

5- Sakit di bahagian anus

6- Bau kentut yang sangat busuk

7- Cirit birit

8- Buang air besar kurang dari 3 kali seminggu

9- Mulut dan nafas berbau, perut kembung, kurang selera makan, letih dan tidak dapat beraktiviti dengan normal.

Amalan Yang Baik Untuk Usus Sihat

Secara umumnya, makanan yang baik untuk usus mestilah yang mudah dihadam, agar usus kecil tidak sukar untuk menyerap nutrisi dan usus besar mudah untuk membuangnya apabila tidak diperlukan.

1- Makan makanan yang tinggi serat. Makanan berserat terdapat 2 jenis iaitu serat larut, dan serat tidak larut. Serat boleh larut ini akan membentuk satu bahan seperti gel yang bantu makanan bergerak di saluran penghadaman.

2- Minum air secukupnya sepanjang hari. Air diperlukan oleh tubuh bagi memastikan najis tidak kering dan menyukarkan ia untuk dikeluarkan.

3- Bersenam juga boleh membantu usus jadi lebih sihat dan mengelakkan sembelit.

Penting : Sekiranya anda mengambil ubat, tanya doktor sekiranya ubat tersebut mungkin jadi punca sembelit berlarutan dan minta alternatif yang bersesuaian.

Supplement Usus Sihat

1- Peppermint- Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.*

Ramuan Peppermint- Ginger Plus

Ramuan Amaun Setiap Tablet
Serbuk Pudina (Mentha piperita) (daun) 67 mg
Serbuk Jintan Hitam (Pimpinella anisum) (biji) 67 mg
Serbuk Jintan Manis (Foeniculum vulgare) (biji) 67 mg
Serbuk Halia (Zingiber officinale) (akar) 50 mg

Rujukan : http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/peppermint-Ginger-Plus/

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk tradisional.

2- Herb-Lax

Ramuan Herb-Lax

Setiap tablet (561.00 mg) menyediakan:

Ramuan Setiap Tablet
Daun Senna
(Folium Cassia angustifolia)
269.59 mg
Kulit Pokok Buckthorn
(Cortex Rhamnus frangula)
37.07 mg
Likuoris
(Radix Glycyrrhiza glabra)
43 mg
Daun Alfalfa
(Herba Medicago sativa)
21 mg
Jintan Hitam
(Semen Foeniculum vulgare)
17 mg
Jintan Manis
(Semen Pimpinella anisum)
17 mg
Akar Rhubarb
(Radix Rheum palmatum)
13.51 mg
Bunga Mallow Biru
(Flos Malva sylvestris)
8 mg
Akar Culver
(Radix Veronicastrum virginicum)
0.23 mg

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Rujukan : http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/herb-Lax/

Kedua- dua jenis supplement ini tidak perlu diamalkan setiap hari, kerana usus yang sihat perlu dijaga melalui pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat juga.

Untuk mendapatkan bekalan supplement ini, anda boleh hubungi saya di nombor dan email yang tertera di bawah :

Facebook Comments