Tak Boleh Tinggalkan Gula, Saya Takut Kena Hypoglycemia!

Kerap kali apabila saya menyuarakan cadangan kepada kenalan dan kaum keluarga tentang No Sugar Challenge, mereka akan menyuarakan kebimbangan tentang “hypoglycemia” – kurang gula, rasa menggigil, pitam dan sebagainya.

Apakah Sebenarnya “Hypoglycemia”?

Hypoglycemia ialah SIMPTOM yang dialami oleh pesakit diabetes jenis 1 dan jenis 2.

Ia berlaku apabila gula dalam darah merosot dan apabila hypoclycemia berlaku, pesakit akan menjadi lemah, menggigil, berpeluh dan boleh pitam.

Selain mengalami simptom- simptom ini, untuk lebih tepat lagi, keadaan hypoglycemia boleh dipastikan melalui bacaan gula dalam darah.

“Paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).”

Bagi pesakit diabetes pula, mereka lebih mudah mendapat hypoglycemia sekiranya mereka tidak mengamalkan diet yang bersesuaian dengan penyakit diabetes dan boleh juga berlaku akibat kesan sampingan pengambilan ubat- ubatan.

Punca- Punca Hypoglycemia

Antara punca hypoglycemia boleh terjadi termasuklah :

1- Penyakit diabetes.

Pesakit diabetes tidak boleh hasilkan insulin di pankreas, jadi tanpa insulin, glucose dalam badan tak boleh dikeluarkan. Jadi gula dalam darah boleh drop dengan cepat.

2- Tidak cukup makan.

Biasanya terjadi apabila kita makan tidak tentu masa, terlajak waktu makan sehingga jadi terlalu lapar.

3- Pengambilan ubat- ubatan.

Jika tidak cukup makan, tetapi tetap ambil ubat- ubatan juga boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.

4- Kesan sampingan penyakit- penyakit

Penyakit hepatitis, masalah buah pinggang, masalah sistem endoktrin (hormon) juga menyebabkan bacaan gula dalam darah sentiasa rendah.

5- Bersenam tanpa mengambil makanan untuk tenaga yang cukup

Jika kita bercadang untuk bersenam atau bersukan, pastikan kita sudah makan dan minum secukupnya bagi mengekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti fizikal.

Adakah Hypoglycemia Berlaku Pada Individu Yang Sihat?

Sekiranya anda masih sihat, dan mengalami simptom- simptom yang disebutkan di atas, berkemungkinan anda mengalamai keadaan yang dikenali sebagai “reactive hypoglycemia” dan “fasting hypoglycemia”. 

Reactive hypoglycemia berlaku selepas beberapa jam kita makan, dan kita rasa lapar semula. Lagi tinggi gula dalam diet harian kita, lagi kerap kita akan mengalami reactive hypoglycemia.

Fasting hypoglycemia pula berlaku apabila kita sensitif dengan ubat- ubat tertentu atau antibiotik, ataupun ada masalah ketidakstabilan hormon, dan lain- lain punca yang kita belum ketahui berkaitan paras kesihatan kita sendiri.

Antara simptom- simptom reactive/ fasting hypoglycemia ialah:

  • lapar
  • gigil
  • mengantuk
  • risau
  • pening
  • berdebar
  • berpeluh
  • cepat marah
  • pitam

Bagaimana Kita Pastikan Samada Kita Mengalami Reactive Hypoglycemia Atau Tidak?

Sekiranya anda kerap mengalami simptom- simptom di atas, langkah pertama yang anda boleh ambil ialah dengan membuat pemeriksaan doktor lengkap.

Pastikan anda tahu berapa bacaan tekanan darah dan paras gula semasa dan buat pemerhatian setiap hari di rumah bagi mendapatkan bacaan yang sebenar.

Ini membolehkan anda tahu samada anda sudah ada penyakit diabetes ataupun tidak.

Anda juga boleh tahu samada anda mempunyai lain- lain penyakit yang menyebabkan anda mengalami simptom- simptom ini.

Facebook Comments

Please Login to Comment.