April 1, 2018

Tanda- Tanda Kanser Serviks Sangat Mudah Dikesan

Saya ada membuat sedikit pembacaan tentang kanser pangkal rahim ataupun kanser serviks sebelum saya pergi buat ujian pap smear tempoh hari. Dua minggu sebelum ini, kami ada terima berita tentang kematian seorang ahli keluarga di sebelah suami saya, yang juga merupakan pesakit kanser serviks. Saya agak kesal kerana menangguh ujian pap smear ni sehingga dah ada 3 orang anak, tetapi menurut jururawat bertugas, yang penting dah buat, dan pastikan buat setiap tahun.

Rupa- rupanya kanser serviks sangat mudah dikesan.

Antara simptom awal kanser serviks ialah :

1) Vagina Mengeluarkan Suatu Cairan Yang Luar Biasa

2) Berlaku Pendarahan Di Bahagian Vagina Secara Tidak Normal

3) Kesakitan Pada Pelvis

4) Sakit Ketika Bersama Atau Sewaktu Melakukan Hubungan Kelamin

5) Haid Yang Berpanjangan & Berat

6) Hilang Kawalan Pada Pundi Kencing

7) Ketidakselesaan Ketika Membuang Air Kecil

8) Keletihan Yang Berterusan

9) Hilang Selera Makan Atau Berat Badan Turun Mendadak

10) Sakit Kaki

Bagi wanita yang sudah menopaus, kanser serviks lebih mudah dikesan sekiranya mereka kembali didatangi haid. Ramai yang mengambil mudah hal ini kerana menyangka ia adalah darah haid, sehinggalah kanser merebak ke tahap 4 dan tidak boleh lagi dirawat.

Bagi wanita yang masih subur, perhatikan tanda- tanda awal kanser serviks sekiranya haid datang secara berlarutan sehingga 14 hari dan lebih banyak daripada biasa. Bagi wanita yang mengalami haid yang tidak menentu juga berisiko untuk mendapat kanser serviks ini.

Bagi wanita yang mengidap penyakit PCOS, mereka lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser serviks. PCOS – Polycystic Ovary Sydrom merupakan gangguan hormon yang paling kerap dihidapi oleh wanita pada usia subur, yang membawa kepada ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan. PCOS menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal, haid tidak teratur dan wanita sukar untuk hamil.

Ujian pap smear adalah langkah pertama yang paling penting untuk memastikan kita tidak berisiko mendapat kanser serviks. Ujian ini dilakukan untuk mengesan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim, sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop.

Menurut jururawat yang bertugas di Klinik Kesihatan AU2 Taman Seri Keramat tempoh hari, sekiranya tiada kelainan pada sel yang diuji, mereka tidak akan menghubungi kita (no news is good news), tetapi kita boleh datang semula ke klinik selepas 3 bulan untuk mengetahui keputusan ujian dan mendapatkan nasihat daripada doktor bertugas. Sekiranya ada kelaianan pada ujian, mereka akan menghubungi kita secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Tahukah anda yang ujian pap smear secara berkala dapat mengurangkan risiko terkena kanser serviks sebanyak 100 peratus? Tunggu apa lagi, jom buat ujian pap smear secepat mungkin!

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: