March 21, 2016

Teknik layan customer dengan pro walaupun home business saja

Pernah tak, time tu kita tengah busy gila, ataupun kalau macam saya, bisnes di rumah, time customer nak tanya tu la, anak pun nak tanya macam- macam, nak menyusu la, pampers kena tukar la. Huh, kalau dijawab juga WhatsApp tu mau la ejaan berterabur, jawab pendek- pendek. Bila baca balik macam acuh tak acuh je. Susah la nak close deal jawabnya.

Saya buat dua cara ni:

1- Bila nampak ada WhatsApp baru, saya tak buka terus. Biar dulu supaya tak ada la blue tick tu. Nanti dah sesuai masa, semua dah tenang, baru buka dan baca, terus reply.

2- Balas sebaris dengan padat.
“Salam puan (atau nama dia kalau dah kenal), boleh tak saya reply dengan info lengkap dalam masa 10 minit lagi? Terima kasih banyak- banyak, saya kena setelkan hal sikit je ni dalam 10 minit je”

Lebih kurang gitu. Lagi pantas kalau dah siap template, tampal je terus.

Saya pun kalau deal dengan seller online, bila dijawab pendek- pendek tu, saya anggap la dia tengah busy. Walaupun ada jugak la hilang selera nak membeli tu, tapi kita faham la home business punya cabaran nak menjawab soalan customer sambil jaga anak.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge