December 24, 2017

“Me Time” Ibu Moden Semakin Demand?

Sepanjang 3 malam percutian kami dengan pelayaran Superstar Libra baru- baru ini, antara topik yang jadi perbualan saya dan kawan- kawan ialah bab “me time”. Memandangkan kebanyakan kami tidak bawa pasangan masing- masing, waktu bersama kawan- kawan jadi lebih dihargai dan lebih bermakna.

Bagi saya pula, setelah lebih 2 tahun tidur malam sering terganggu dengan rutin menyusukan anak, kali ini 3 malam saya tidur lena tanpa gangguan. Tidur dan kawan, precious commodities for mothers these days!

Saya teringat kawan saya pernah bercerita. Katanya, zaman mak- mak kita dulu, letih ke bosan ke, stress ke, mereka harung je. Takde “me time”. Paling tidak pun menangis lah seorang diri dalam bilik air. Kemudian hidup diteruskan seperti biasa.

Berbeza dengan zaman sekarang. Kita nak ada masa bersendiri, nak berjumpa kawan- kawan, nak keluar memanja diri, malah diberi peluang juga bercuti dengan kawan- kawan. Prinsipnya sekarang, ibu yang dapat berehat dan bergembira, adalah ibu yang lebih efektif untuk satu keluarga.

Tetapi saya juga terfikir, realitinya berapa kerat saja ibu- ibu yang dapat peluang ini. Saya sendiri pun, kalau tidak kerana percutian setahun sekali yang diuruskan 100% oleh syarikat tempat saya buat bisnes ni, mungkin sama saja dengan emak- emak tahun 70-an, 24 jam dengan anak.

Eh, bukanlah maksudnya saya tak suka 24 jam dengan anak- anak. Malah saya pilih nak bina bisnes dari umah pun disebabkan anak- anak. Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berkepit dengan saya. Tetapi tidak dinafikan ada minggu- minggu yang bisa melemaskan emosi juga.

Hakikatnya, dalam mencari keseimbangan di antara kehendak ibu- ibu mahukan “me time” dan tuntutan daripada keluarga bukanlah semudah yang biasa kita baca dalam tips keibubapaan.

Ada ketikanya, pasangan pun kena paksa rela untuk terima idea “me time” ini. Bila pasangan tak begitu sokong, cepat juga kita isytiharkan yang dia tak faham tekanan perasaan kita. 

Ada masanya, kita sendiri dah dapat peluang, tapi tak sampai hati. Bila tengok muka anak, rasa kasihan juga. Dalam ribut- ribut dengan mereka tu, di situlah ada bahagia dan berkatnya. 

Ada masanya, waktu yang paling kita mahukan “me time” itulah, komitmen lain pula menunggu. Ohoi nak bercuti dengan kawan- kawan untuk “me time” bukan sedikit kosnya. Unless dapat fully sponsored macam kami bertiga ni haha! 

Jadi bagi saya, dalam masa hampir 9 tahun saya jadi seorang ibu, sekarang ni saya lebih suka berlapang dada.

Sudah tentu ada keinginan untuk “me time” seminggu sekali, tetapi meletakkan harapan juga boleh bikin saya tertekan.

I learn to take it easy, and be in the moment.

Apa yang ada, kita hargai.

Bila ada peluang, kita syukuri. 

xx
Puteri 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: