3 Tips Mudah Pilih Buah- Buahan Untuk Pesakit Diabetes

Antara soalan yang paling kerap saya terima sepanjang saya melaksanakan kempen No Sugar Challenge ialah,

“Boleh tak pesakit diabetes makan buah- buahan?”

“Apa jenis buah yang sesuai untuk pesakit diabetes?”

“Banyak mana pesakit diabetes boleh makan buah- buahan?”

Apa Ada Dalam Buah- Buahan?

Buah- buahan mengandungi pelbagai jenis vitamin penting, zat mineral dan serat dan berada dalam kategori makanan berkarbohidrat. Seperti yang kita ketahui, makanan berkarbohidrat akan memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah.

Seperti juga makanan berkarbohidrat lain, setiap jenis buah mengandungi kandungan karbohidrat yang berbeza- beza di antara satu sama lain. Ini boleh jadi panduan mudah kepada kita untuk memilih buah yang sesuai untuk pesakit diabetes.

Pertama, pilih kandungan karbohidrat yang lebih rendah.

Terdapat banyak pilihan buah- buahan yang mengandungi jumlah karbohidrat yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes. Antaranya yang mudah didapati termasuklah :

  • Avocado
  • Honey Dew
  • Tembikai
  • Buah Pic
  • Cantalope
  • Belimbing
  • Epal Hijau

Kedua, ikut sukatan hidangan yang bersesuaian.

Walaupun buah- buahan adalah makanan semulajadi dan sihat, kita tetap perlu mengikut sukatan hidangan yang bersesuaian dengan tahap kesihatan dan keperluan harian.

Sukatan untuk buah- buahan secara umumnya adalah di dalam cawan/ cup. Namun begitu terdapat perbezaan keperluan buah- buahan harian mengikut jantina :

  • Wanita
    • 19- 30 tahun boleh makan sehingga 2 cawan hidangan buah
    • 30 tahun ke atas boleh makan sehingga 1/2 cawan hidangan buah sahaja
  • Lelaki
    • 19 tahun ke atas boleh makan sehingga 1 1/2 cawan hidangan buah sahaja

Untuk pesakit diabetes, panduan sukatan ini boleh digabungkan bersama panduan jenis buah yang rendah kandungan karbohidrat.

Ketiga, always be mindful.

Pesakit diabetes seharusnya sentiasa berjaga- jaga dengan pemilihan makanan termasuklah pemilihan jenis buah dan sukatan buah yang diambil setiap hari.

Walaupun buah di dalam kategori makanan semulajadi, namun untuk pesakit diabetes, buah bukanlah makanan utama kerana buah mengandungi fruktos semulajadi yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah walaupun dimakan mengikut sukatan.

Selain itu, perlu diketahui juga bahawa untuk mendapatkan khasiat vitamin dan mineral di dalam buah- buahan, kita perlu makan ia bersama- sama kandungan fruktos yang meningkatkan paras gula dalam darah.

“Makan 6 biji oren, tidak sama dengan dapat khasiat 6 biji oren”

Kesimpulan

Terdapat banyak pendapat tentang pemakanan buah oleh pesakit diabetes, tetapi 3 tips ini boleh dijadikan panduan asas untuk kita membuat persiapan. Ada pendapat mengatakan buah sepatutnya dianggap sebagai “treat” sekiranya anda menghidap penyakit diabetes. Ini bermakna pesakit diabetes tidak perlu ambil buah- buahan setiap hari. Pesakit diabetes juga perlu tahu yang bekalan karbohidrat sepatutnya diambil lebih daripada sumber sayur- sayuran, dan bukanlah semata- mata daripada buah sahaja.

Facebook Comments

Please Login to Comment.