Toksin Berlebihan Punca Masalah Obesiti

Minggu lepas saya menonton satu podcast di akaun Instagram Shawn Stevenson, seorang pakar penyelidik dan penulis best seller Eat Smarter & Sleep Smarter, berbincang dengan pakar kardiologi, Dr. Alejandro Junger dan juga penulis best seller New York Times, dalam topik TOKSIN DAN OBESITI.

Dr. Alejandro Junger , pakar kardiologi, dan penulis best seller New York Times.

Dalam satu kajian terkini,  diterbitkan oleh jurnal Comprehensive Physiology, mendapati bahawa 90% daripada toksin adalah bersifat larut lemak, berkumpul dengan pantas pasal tisu lemak pada tubuh badan manusia.

Dr. Junger ini menerangkan tubuh kita mengumpul lemak, sebagai cara untuk ia terus hidup, tetapi tidak semestinya hidup yang berkualiti.

Setiap hari badan kita terdedah dengan toksin, daripada makanan, air, ubat- ubatan, penggunaan kosmetik, bahan kelengkapan rumah dan lain- lain lagi. Dan 90% daripada sumber toksin ini adalah bersifat larut lemak (lipophilic).

Makanan merupakan sumber toksin utama yang masuk ke dalam tubuh badan manusia.

Apa yang berlaku ialah, toksin masuk ke dalam badan, samada melalui kulit atau usus, akhirnya toksin ini sampai ke hati.

Jika hati kita sihat, berfungsi dengan baik, ia akan keluarkan enzim- enzim untuk tukar toksin yang larut lemak tadi kepada larut air.

Bila dah tukar jadi larut air, dengan mudah badan boleh menyingkirkan toksin melalui peluh, najis, dan air kencing.

TETAPI, akan ada toksin yang tertinggal di dalam tubuh badan kita, dan hati akan menjadi tempat ia akhirnya menetap.

Jadi hati akan mula kumpul lemak, sebagai “buffer” bila berlaku irritagangguan yang disebabkan oleh toksin yang tertinggal tadi.

Makin banyak toksin di hati, makin giat hati mengumpul lemak, sebagai cara ia kekal survive.

Akhirnya kita dapat penyakit hati berlemak (fatty liver), satu masalah kesihatan di seluruh dunia yang sudah mencapai tahap epidemik.

Selain terkumpul di hati, toksin akan berkumpul di bahagian tubuh lain yang tinggi dengan tisu lemak seperti di otak, kelenjar tiroid, payudara dan prostat. Toksin yang terkumpul ini meningkatkan risiko kanser kepada bahagian- bahagian organ tersebut (dan menurut Dr. Junger, ini dapat dilihat daripada peningkatan mendadak kes kanser di seluruh dunia).

Ubat- ubatan yang diambil bertahun- tahun juga sumber toksin ke dalam tubuh.

Dalam jangka panjang, badan terus mengumpul lemak, sebagai buffer, dan akhirnya membawa kepada masalah obesiti.

Obesiti bukan hanya isu banyak makan, tetapi satu tanda yang tubuh terdedah kepada toksin, menyimpan toksin dan gagal untuk menapis/ membuang toksin secara efisyen.

Secara mudahnya,

Apabila tubuh mengumpul banyak toksin, lagi cepat lemak terkumpul.

Lagi banyak lemak terkumpul, lagi lama toksin tersimpan dalam badan.

Kitaran inilah yang menyebabkan tubuh akhirnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan, gabungan antara toksin, lemak dan obesiti.

Facebook Comments

Please Login to Comment.