September 2, 2014

Long Beach California 2014

Assalamualaikum semua 🙂

Saya belum lagi cerita tentang trip kami ke USA bulan lepas, jadi hari ini, nak summarize semua sekali dalam 5 points yang saya rasa paling menjadi kenangan. Kami bertolak pada 13 August, flight Cathay Pacific dari KL- Hong Kong- Los Angeles. Lamanya Masha Allah dalam flight, sakit jugak la badan, terperap dalam kerusi kelas ekonomi hahaha! Saya bawa bekal Ostematrix, makan 4 biji sepanjang dalam flight, untuk elak cramp dan bagus untuk tido yang lena. Memang betul lena walaupun tido tunggang terbalik. Saya pergi berdua dengan suami, anak- anak kami dijaga oleh mak di kampung. Kalau ikutkan kami punya point memang cukup untuk bawak dua orang anak, tapi sebabkan Adam belum sampai had umur yang layak (4 tahun ke atas), jadi tak adil pulak bawak Aliyah sorang. Jadi dua- dua pun tinggal. Alhamdulillah, semasa kami di US, mereka happy je duduk dengan Opah dan sepupu- sepupu pun rajin melayan. Dan paling penting, mereka sihat walafiat 🙂

Ok jom baca 5 points ni :

1- Makan, makan, makan! 
Maklumlah bawak rombongan Malaysians, memang kena jaga bab makan hahaha! Kalau tak jaga bab ni, mau ada amokan berlaku ekekeke! Memang Shaklee Malaysia jaga betul bab ni. Bukan saja makan on time, tapi juga mereka memang cari tempat makan yang selesa, sedap dan pelbagai pilihan. Dan untuk yang Muslim, pastinya yang halal. Yang paling istimewa, agaknya Shaklee tau pasti kami rindukan masakan Malaysia selepas hampir dua minggu di USA, mereka bawak kami ke satu restoran Malaysia, namanya Belacan Grill di Long Beach, dan satu lagi restoran Indonesia di San Francisco, namanya Borobodur Restaurant. Memang la enjoy dapat makan nasiiiii ehehehe! Siap ada cendol dan teh tarik lagi. Lain- lain tempat makan termasuklah restoran Chinese Muslim, makanan Parsi dan Yaman. Dan paling saya enjoy masa di Fisherman’s Wharf, bukan sebab makanan sedap, tapi view nya Masha Allah, sangat priceless!

Lunch at Fisherman’s Wharf,
but I can’t remember the name of the restaurant :p



2- Shopping, shopping, shopping!
Ada dua trip shopping yang disediakan dalam jadual trip kami ni. Satu di Long Beach, satu lagi semasa di San Francisco, di Gilroy Premium Outlet. Tapi kalau dah Malaysians tu kan, mana- mana pun boleh shopping. Mula- mula mereka terjah Walmart huhuhu! Walmart pun boleyyyy hahaha! Pastu merebak ke Target, Ross, Macy’s, Marshall. Lepas tu tak habis lagi, kat airport pun sempat LOL! Eh jangan lupa, pegi Disneyland pun shopping, Universal Studio pun boleh. Maklumlah yang pergi semua business leaders birjaya, memang mereka saving khas untuk annual shopping trip macam ni. Work hard, play hard! Puas hati!

Don’t be fooled by that one shopping bag :p



3- Special entry to City Hall San Francisco 
Kami berkesempatan untuk masuk ke dalam City Hall, special arrangement dibuat oleh Shaklee Malaysia, sempat la bergambar beramai2, dan baca sejarah sikit sebanyak tentang bandar tersebut. Kalau trip sendiri, atau trip biasa, mungkin tak terfikir pun nak jenguk City Hall kan, tambah pula bukan semua minat nak tau hal- hal macam ni hehe. Tapi bagi saya, peminat culture & history, memang ini kesempatan yang sangat saya hargai. Terima kasih banyak- banyak Shaklee Malaysia!

Candid moment in front of SF City Hall

4- Penginapan yang sangat selesa 
Di Long Beach kami menginap di Hilton Long Beach & Executive Meeting Centre, dan semasa di San Francisco, kami diberi penginapan di Marriot Marquis. Dan lagi seronok, disebabkan rombongan kami ada lebih 300 orang, kami diberikan area khas untuk breakfast setiap hari, tanpa perlu ganggu atau diganggu hehe oleh tetamu hotel yang lain. Dan of course, HALAL FOOD!

Hilton Long Beach – super comfy bed 🙂

5- Jauh berjalan, luas pengalaman, bertambah erat hubungan 
Paling berharga, bila kita travel ramai- ramai, ada yang kita kenal, jadi makin kenal. Yang kita tak kenal, boleh jadi kawan (ataupun tetap tanak kawan haha). Betul kata orang, kalau  nak kenal orang tu macam mana, cubalah travel bersama- sama. Memang keluar sikap sejati. Macam kami berdua, sikap sejati kiasu terutama time nak keluar dari flight sangat terserlah LOL! Dan sikap suka dengar ceramah pun terserlah, sanggup missed lunch nak dengar talk Maria Shriver. Dan kali ini, kali pertama kami dapat berdua saja travel, tanpa anak- anak. Walaupun rindu la dengan budak- budak tu, tapi saya sangat menghargai peluang ini, sebab banyak masa berdua saja, dan masa- masa tu saya berdoa kepada Allah supaya dilindungi jodoh kami, dilindungi keluarga kami. Bila balik Malaysia, saya akan kenang trip kami berdua ini, sebagai moment penting dalam rumahtangga kami, InshaAllah.

Thank you Shaklee! ALHAMDULILLAH!

Untuk semua business leaders Shaklee, semoga kita diberi rezeki untuk pergi lagi trip tahun depan, ke Italy pula 🙂 Kepada yang mahu menikmati peluang trip 5 bintang dengan Shaklee, anda boleh mulakan langkah hari ini, dan sertai kami ya!

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: