Work at home, adakah sesuai untuk anda?

Semasa saya mula bekerja sekitar tahun 2001, tak pernah langsung tahu tentang istilah “work at home”, maklumlah pada masa tu fokus saya hanya mahu bina kareer, dan kalau boleh nak sambung belajar. Belum ada perancangan untuk berkahwin, dan tak fikir pun tentang kehidupan punya suami dan anak- anak. Malah apabila usia saya dah lebih 27 tahun dan masih belum ada calon dan plan untuk berkahwin, saya sudah buat plan pula untuk travel the world. Haih, those were the days haha!

Dan kemudian of course saya pun berkahwin dan punya dua anak. Saya ada kerjaya yang saya suka, yang memang saya betul- betul minat. Tapi sudah tentu, pilihan saya lebih kepada anak- anak dan keluarga, harta saya dunia akhirat. Dan ketika inilah cabaran seorang ibu bekerjaya bermula. Dua tahun selepas saya ambil keputusan untuk berusaha menjadi seorang “work at home mom”, saya dah boleh tersenyum dan berpuas hati, kerana inilah pencapaian terbesar dalam hidup saya sebagai seorang wanita bekerjaya- punya waktu kerja fleksibel, punya waktu yang lebih dengan anak- anak dan pendapatan yang lumayan dan stabil.

Era baru ‘work at home mom’ adalah sangat berbeza. Ibu- ibu kini tidak lagi risau menjadi “second class” kerana tinggal di rumah menjaga anak- anak, malah telah muncul sebagai satu pilihan yang popular pula.

Too good to be true? Anda tentukan sendiri 🙂

(1) Bisnes dari rumah
Saya masih ingat ketika saya bersekolah rendah, ibu saudara saya yang tinggal di Singapore, juga bekerja dari rumah. Setiap hari, supplier permainan kanak- kanak akan datang ke rumah dan hantar bahagian- bahagian kecil permainan untuk dipasang. Kemudian ibu saudara saya akan diberi upah harian berdasarkan banyak mana kerja yang boleh disiapkan. Untung tidak besar mana, tapi sangat fleksibel dan mudah. Kemudian saya lihat pula, apabila blogging muncul, ramai ibu- ibu yang berbakat memasak, atau menjahit mula mendapat tempat dalam pasaran. Saya pernah terjumpa blog yang mempromosikan kelas jahitan dan pengajarnya boleh dapat ke rumah kita bersama- sama mesin jahit untuk memberi tunjuk ajar (berbayar) sehingga kita pandai. Ingat tak kegilaan kita semua menempah cupcakes satu ketika dulu? Kreativiti hebat ibu- ibu di rumah telah dipasarkan melalui blog dan kita mengadap gambar- gambar dari pada hingga petang di ofis. Aha, ingat tak blog gubahan hantaran perkahwinan? Oh sangat heaven! Kemudian muncul pula Facebook dan perniagaan dari rumah tumbuh bak cendawan lepas hujan,  dengan ratusan jenis produk dan service.

(2) Hantar anak pada pengasuh
Ketika saya mula bekerja dari rumah, ramai yang mempersoalkan kenapa saya masih hantar anak ke rumah pengasuh sedangkan saya punya masa di rumah. Ketika itu suami saya masih lagi bekerja dan hanya pulang ke rumah jam 6-7 petang. Kami setuju untuk hantar anak- anak ke rumah pengasuh bagi membolehkan saya menguruskan hal- hal berkaitan bisnes seperti menghantar order ke Pos Laju, berjumpa anak-anak buah saya untuk discussion atau pun jika perlu saya akan ke branch untuk membeli stok. Walaupun hati berat juga nak hantar anak ke rumah pengasuh, tapi saya nampak kelebihannya. Selepas pukul 3, saya ada 100% masa dengan anak- anak, dan tidak lagi risau jika ada urusan bisnes yang belum selesai. Saya boleh sambung saja esok pagi seperti biasa. Saya dapati kerja saya lebih efektif dengan cara ini.

(3) Guna service cuci rumah
Keadaan di rumah saya sama saja samada masa bekerja di ofis, ataupun bekerja di rumah. Kalau dulu saya tak sempat sangat nak mengemas sebab bekerja, sekarang ni saya sempat mengemas, tapi tak sempat lama, dah bersepah semula. Anak- anak saya 4++ tahun dan 2++ tahun memang sangat pakar dalam hal menyepah barang- barang. Jadinya back to square one. Cuma saya perlu pastikan tandas, kipas, ceiling dan balcony dicuci seminggu atau dua minggu sekali. Dan untuk tujuan itu, saya lebih suka menggunakan cleaning service yang dibayar mengikut jam. Setakat ini service yang saya guna memang memuaskan hati (setanding bayaran, RM60 untuk dua jam, 2 orang cleaner), jadi saya tidak rasa ralat mengupah cleaner ini. Saya pernah cuba upah orang lipat kain, tapi saya tak berapa berkenan dengan cara lipatan, jadi saya fikir cukuplah sekali tu saja haha!

(4) Manjakan diri
Pada sebelah pagi, selepas saya hantar anak ke pengasuh dan tadika, saya ada lebih kurang 5 jam. Dan setiap 2-3 minggu saya akan ambil masa untuk buat facial dan lain- lain. Kalau dulu, saya tak ada langsung masa, atau tak ada langsung extra cash untuk hal ini, tapi sejak hampir 8 bulan, inilah rutin yang paling saya tunggu- tunggu. Saya dapati apabila saya lebih fresh, dan rasa cantik dan kemas, mood saya pun lebih baik dengan orang lain terutama anak- anak saya tu! Alhamdulillah.

(5) Lebih masa berkeluarga
Sekarang saya dapati, saya lebih fleksibel untuk berjumpa kaum keluarga. Saya boleh pergi ke rumah in law pada bila- bila masa (dulu hanya pada hari Jumaat selepas kerja) dan kami boleh pilih untuk balik kampung lebih lama (dulu hanya terhad Jumaat-Ahad). Dah tak perlu lagi nak ambil cuti dan sebagainya. Memang saya rasa betul betapa “emas” nya masa bila dah boleh ada waktu fleksibel macam sekarang ni.

Apa yang saya share di atas, tidaklah datang bergolek, dan bukanlah sesuatu yang kami nikmati dalam sekelip mata. Saya ambil masa dua tahun untuk merancang dan berusaha bagi memboleh kami menjalani kehidupan yang sebegini fleksibel. Alhamdulillah

Much love,
Puteri

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Nazlizan Abdullah - February 3, 2014 Reply

Err… Nak no ctc yg cuci rmh tu bole tak put? Hehehe….

Leave a Reply:

CommentLuv badge