YOUTH® Kulit Muda 10 Tahun

Tahun 2017 ini baru saya betul- betul perhatikan perubahan pada wajah sendiri, secara spesifik bab kedutan dan kerutan. Kalau dulu saya lebih fokus pada masalah jerawat, ianya hampir 100% selesai, hanya sesekali muncul ketika"bulan mengambang". 

Paling ketara kedutan dan kerutan apabila saya bergambar dan tersenyum. Alamak, berlipat- lipat kedut di bawah dan tepi mata. Kedutan di bahagian mata, bukan hanya disebabkan oleh proses penuaan, tetapi juga disebabkan : 

- pancaran sinar uv daripada matahari
- kemerosotan otot wajah
- tabiat suka berkerut wajah
- tabiat merokok
- kerap senyum! 
- cara tidur (muka ke bantal)

Rupa- rupanya, bagi wanita, semakin kita menghampiri usia menopos, semakin kurang hormon estrogen, maka semakin mudah kedutan akan muncul di sekeliling mata. Memang banyak kajian mendapati, perubahan dan penuaan dalam tubuh wanita berlaku sangat pantas selepas usia 35 tahun *gasp!* Sangat pantas perubahannya! 

Saya teringin sekali nak mencuba produk YOUTH® yang bakal dilancarkan oleh Shaklee Malaysia dalam bulan Februari 2018 nanti. Janji YOUTH® yang menambat hati saya ialah "A DECADE OF AGING ERASED". Wow 10 tahun nampak lebih muda, wow berani betul ya dia janji macam tu!

Di US, produk YOUTH® telahpun dilancar dan dipasarkan pada bulan Ogos 2017. Yang menariknya orang pertama yang telah menjadi ujikaji produk YOUTH® adalah Ms.Sloan Barnett, isteri kepada pemilik Shaklee Corporation sendiri, Mr. Roget Barnett.

Sebenarnya ini kali pertama Sloan tampil tanpa mekap di khalayak ramai kerana sebelum ini kareer beliau sebagai penulis dan "award winning journalist", beliau sentiasa tampil dengan mekap di wajah. Tetapi demi meyakinkan pengguna produk YOUTH®, Sloan sanggup lakukan ujikaji ini. Jika anda Google "YOUTH Shaklee USA" anda akan jumpa banyak testimoni pengguna- pengguna di sana. 


Ketua Saintis R&D yang mengetuai pasukan menformulasi YOUTH®, Chris Kyrou, ditanya,
APAKAH PERBEZAAN YOUTH DENGAN PELBAGAI LAGI PRODUK KECANTIKAN KULIT LAIN, 
Ini adalah jawapan beliau : 

"Jika anda lihat tren sekarang ini, lelaki dan wanita yang inginkan kulit yang cantik dan sihat, mahukan produk yang berasaskan bahan- bahan semulajadi. Dan terlalu ramai pengeluar yang mengaku mereka juga menggunakan bahan- bahan semulajadi. Tetapi pada kebanyakan masa, produk yang mengaku semulajadi ini tidak memberi hasil yang diinginkan oleh pengguna. Ya, semulajadi, tetapi tidak semestinya terbukti berkesan. Di sinilah YOUTH® memenuhi impian pengguna, ianya SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN". 

Betul jugak tu, semulajadi tapi tak berkesan RUGI JUGAK KAN??

Menurut Chris lagi, YOUTH® memberi fokus kepada isu PENUAAN KULIT WAJAH. Ada 2 faktor penting dalam memastikan kulit jadi lebih muda berbanding usia iaitu :

PERTAMA, PENGHASILAN ELASTIN DAN KOLAGEN DI DALAM KULIT

YOUTH® diformulasi antara lain dengan menggunakan ekstrak Lotus Japonicus, bahan utama yang memberi signal kepada sel supaya menghasilkan lebih banyak elastin dan kolagen. Inilah sains hebat yang diaplikasi ke atas produk YOUTH® .


KEDUA, PERLINDUNGAN SEL KULIT DARIPADA PENCEMARAN DAN SERANGAN ALAM SEKITAR

YOUTH® menggunakan teknologi yang sama digunakan ke atas produk Vivix, dengan menggunakan ekstrak anggur Muscadine untuk melindungi kulit pada tahap sel. Ekstrak anggur Muscadine diaplikasikan ke atas kulit memberikan kesan perlindungan bukan saja di bahagian luaran kulit, tetapi juga di dalam kulit.

Menurut Chris lagi, formulasi YOUTH® adalah BEBAS DARIPADA 2500 BAHAN BERBAHAYA. Bukan itu saja, jika ada bahan yang diluluskan oleh FDA pun tetapi masih boleh dipersoalkan keselamatannya. tidak akan digunakan dalam formulasi YOUTH®.

Chris menerangkan, kalau ada bahan alternatif yang lebih selamat, yang boleh diambil daripada tumbuh- tumbuhan, ianya akan dipilih oleh para saintis ketika menformulasikan YOUTH®. 

Yang lagi mengujakan kata Chris, kini telah ada cara untuk kita menilai usia kulit dengan menggunakan SKIN AGE INDEX. Ini memudahkan lagi bagi YOUTH® membuktikan formulasi yang digunakan benar- benar berkesan kerana ia dapat diukur oleh pengguna sendiri, sebelum dan selepas menggunakan YOUTH®.

A DECADE OF AGING ERASED! 
WOW! Ini Janji YOUTH®.
Tapi Anda Kena Tunggu Dulu.
Saya Nak Anda Lihat Kesan Apabila Saya Sendiri
Mencuba Set Lengkap YOUTH®.
Barulah Puas Hati Betul Tak?
So Please Stay Tuned OK 😉  


xx
Puteri

The Advanced Anti-Aging Regimen includes:

  • Step 1:  Luminous Gel Oil Cleanser – 3-in-1, soap-free, pH-balanced cleanser.  Gently polish, purify and prepare your skin.
  • Step 2:  Perfecting Skin Toner – Free your skin of dull cells and environmental pollutants. Exfoliate, hydrate and nourish for glowing skin.
  • Step 3:  Youth Activating Serum – 10X the actives to provide the critical regeneration step.  Renews skin at the cellular level for superior radiance and rejuvenation.
  • Step 4 Day:  Age Defense Mineral Moisturizer – Naturally derived zinc oxide provides chemical-free SPF 30 Broad Spectrum UVA/UVB protection.  Vitamins and botanicals moisturize your skin and improve skin tone.
  • Step 4 Night:  Advanced Renewal Night Cream – This targeted night repair cream supports your skin's cell renewal process. A proprietary botanical blend helps collagen and elastin production to make skin appear younger looking, smoother, and more luminous. Available in Light or Rich formulas.

YOUTH products are all 100% vegan, cruelty free and gluten free. Each YOUTH product shown contains a 60-day supply.

Facebook Comments