20 Tanda Anda Perlu Mula Detoks Hari Ini

Hari ini hari kedua saya memulakan 3 hari detox & cleanse – sebelum kami benar- benar melakukan 30 Days Prove It Challenge bersama- sama.

Ramai yang ingin tahu, mengapa saya masih lakukan detoks sedangkan saya juga buat No Sugar Challenge?

Bukan kah No Sugar Challenge itu juga sejenis detoks?

Ya betul – buang gula tambahan daripada diet harian adalah sejenis detoks, yang mana kita menolak toksin daripada makanan terproses yang bukan saja mengandungi gula, tetapi juga bahan- bahan lain yang memudaratkan tubuh.

But a full 7 days cleanse and detox is beneficial on another level.

1- Gula tersorok

Saya dapati, walaupun saya “berpantang gula”, tetapi ada masanya saya tetap makan makanan yang mengandungi gula tersorok, samada saya sedar atau tidak. Walaupun pengambilan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi ia tidak bermakna ia tidak beri kesan kepada tubuh dalam jangka masa panjang. Detoks secara lengkap diperlukan untuk memastikan kita benar- benar boleh bersihkan semua.

2- Reset deria rasa

Cara kami melakukan “cleanse and detox” bermanfaat untuk perbaiki deria rasa yang selama ini telah dipengaruhi oleh perasa dan perisa tambahan dalam makanan. Seawal 3 hari detoks, saya sudah boleh merasai perbezaan dalam rasa sayur dan buah yang saya makan. Ini sangat baik untuk tujuan “maintenance” supaya saya tidak rasa berselera dengan makanan terproses dan bergula tambahan.

3- Bantu sistem penghadaman

No Sugar Challenge bantu sistem penghadaman saya jadi lebih sihat – sudah tiada isu perut berangin, sebu atau sembelit. Tetapi dengan full cleanse & detox, ia beri peluang kepada sistem penghadaman untuk berehat bukan saja daripada gula tambahan, tetapi juga daripada produk tenusu (yang juga boleh jadi punca usus tidak sihat), dan karbohidrat terproses seperti tepung gandum.  Untuk 3 hari pertama, usus berehat dan ini amat melegakan – malah amat membantu memulihkan tenaga.

Untuk mengetahui samada anda sudah wajib untuk lakukan cleanse & detox seperti yang sedang saya lakukan sekarang, cuba lihat senarai di bawah ini dan jawab YA/ TIDAK pada setiap soalan.

1- Adakah anda bekerja atau tinggal di kawasan yang tercemar udara/ bau/ bunyi?

2- Adakah anda seorang perokok, atau bekerja/ tinggal dengan perokok?

3- Adakah anda bersenam kurang dari 3 kali seminggu/ langsung tidak bersenam?

4- Adakah anda tidur kurang dari 6 jam setiap hari?

5- Adakah anda tidak mendapat tidur yang lena setiap malam/ sering terjaga dari tidur?

6- Adakah anda kerap makan makanan segera/ makan di luar/ makanan bergoreng/ makanan berlemak?

7- Adakah berat badan anda tetap tidak turun walaupun tidak kerap makan/ mengurangkan jumlah makanan?

8- Adakah anda kerap teringin makanan manis?

9- Adakah anda minum minuman keras dengan kerap?

10- Adakah anda hidup dalam keadaan tertekan setiap hari (perhubungan atau persekitaran)?

11- Adakah anda mengalami masalah sembelit?

12- Adakah anda mengalami masalah kembung perut, berangin dan sebu selepas makan?

13- Adakah anda mempunyai masalah  nafas berbau?

14- Adakah anda mempunyai masalah bau badan?

15- Adakah anda kerap rasa letih dan tidak bertenaga dan bersemangat setiap hari?

16- Adakah anda kerap terasa hati dan tiada mood tanpa sebab yang jelas?

17- Adakah kulit anda kelihatan kusam dan sering ada masalah?

18- Adakah kulit anda amat sensitif dengan makanan dan ada masalah eczema?

19- Adakah anda kerap mengalami sakit kepala dan migrain?

20- Adakah anda kerap lupa, dan sukar untuk fokus ketika bekerja/ mengurus keluarga/ belajar?

DOWNLOAD PRINTABLE VERSION HERE

Berapa banyak yang anda jawab YA untuk soalan- soalan di atas? Sekiranya lebih daripada 5 jawapan YA, buatlah keputusan untuk mula detoks hari ini. Jika anda tidak pasti, jangan risau, anda hubungi saya dan kita boleh berbincang.


Hubungi Coach Gula untuk bimbingan mingguan.

Facebook Comments

Please Login to Comment.