November 28, 2016

4 Kaedah Mendapat Berkat Masa – Imam Al-Ghazali

Saya ada menonton video yang sangat menarik di Youtube tentang pengurusan masa menurut Imam Al- Ghazali.

imam-al-ghazali-advice-on-time-management-spiritualpsychologist-youtube-%f0%9f%94%8a-2016-11-28-07-06-44

Saya kongsiΒ di sini untuk kita baca dan kongsi teknik ini dengan orang lain juga. Semoga bermanfaat.

1- Bangun pagi dan ingat Allah. Bersihkan diri, ambil wuduk dan lakukan solat sunat di rumah. Kemudian pergilah ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.

2- Selepas Subuh sehingga matahari terbit, gunakan masa untuk mengambil wuduk, berzikir dan membaca Al-Quran. Ambil masa untuk reflection supaya aktiviti sepanjang hari ini kita mahu mengikut perintah Allah.

3- Sepanjang siang hari, buat 4 perkara. Pertama, cari ilmu. Kedua, buat solat sunat. Ketiga, gembirakan orang lain seperti menziarah orang sakit, mudahkan urusan orang lain, selesaikan masalah orang, beri makan kepada orang miskin. Keempat, cari rezeki yang halal kerena bekerja adalah ibadah kepada Allah. Berhati- hati supaya tidak menjadi tamak dalam mencari rezeki.

4- Menjelang matahari terbenam, gunakan masa ini untuk memohon ampun daripada Allah atas kesilapan dan dosa yang kita lakukan sepanjang hari. Luangkan masa untuk keluarga, komuniti dan keperluan dunia yang lain. Sebelum tidur, fikirkan kesilapan yang telah kita lakukan hari ini dan mohon ampun dan petunjuk daripada Allah.

Imam al-Ghazali menyarankan kita berusaha untuk meneliti setiap saat yang kita gunakan sepanjang hari.

Your time is your life. Don’t let it melt away like ice.

Link

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge