October 18, 2016

3 applikasi telefon pintar yang wajib ada untuk bisnes part time

Menguruskan bisnes secara part-time memerlukan kita menguruskan masa dengan cekap setiap hari. Ini penting bagi memastikan kareer tetap tidak terjejas, dan juga masa untuk keluarga tidak berkurangan. Dan kini kita boleh mudahkan banyak urusan dengan menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja.

3-applikasi-telefon-pintar-yang-wajib-anda-install

Ini adalah 3 aplikasi telefon pintar pilihan saya yang sangat membantu saya menguruskan bisnes part time secara online.

1- Photo editor 

Photo editor sangat penting untuk kita menghasilkan bahan marketing seperti poster di Instagram atau Fanpage secara pantas dan ringkas. Biasanya kita mahu meletakkan nama dan nombor telefon pada gambar produk, bagi memudahkan bakal pelanggan menghubungi kita.

Ada banyak pilihan photo editor yang boleh kita download dan guna di telefon. Sukar untuk saya nyatakan yang mana satu paling mudah, paling cantik atau paling sesuai untuk anda. Apa yang penting, anda perlu cuba beberapa jenis, dan lihat hasil serta kesesuaiannya.

Lihat di sini 15 aplikasi photo editor yang paling popular untuk anda pilih :

15 BEST PHOTO EDITOR APPLICATION FOR ANDROID

2- Video editor 

Tahukah anda, Facebook kini berada di tempat kedua selepas Google, dalam ranking video referral? Bermakna semakin ramai pengguna yang meluangkan masa menonton video setiap hari di Facebook sahaja. Pengguna Facebook sahaja ada 500 juta di seluruh dunia!

Jadi kita wajib ambil peluang ini dan hasilkan bahan- bahan marketing berbentuk video untuk diupload di Fanpage ataupun di Facebook peribadi kita.

Tak pasti nak guna apps yang mana satu? Cuba lihat senarai 10 terbaik di sini untuk anda pilih :

TOP 10 EXCELLENT VIDEO EDITING APPS 

3- Photo sharing apps

Jika anda ada kumpulan bisnes, seperti dropshippers atau pengedar- pengedar lain di bawah anda, photo sharing apps adalah sangat penting bagi memudahkan anda berkongsi bahan- bahan marketing dengan mereka.

Aplikasi yang paling mudah dan menjadi kegemaran saya ialah Google Photos. Ia mudah digunakan, dan saya tidak lagi risau jika telefon saya tidak mempunyai ruang lagi untuk menyimpan gambar- gambar yang penting untuk urusan pemasaran bisnes saya.

Antara lain yang popular dan mudah digunakan juga ialah Dropbox dan Google drive.

Cuba lihat link ini, boleh bantu kita kongsi foto dengan mudah di antara ahli kumpulan :

7 BEST PHOTO SHARING APPS 

Untuk pertama kali menggunakan aplikasi- aplikasi ini mungkin anda akan mengambil sedikit masa. Usah khuatir kerana apabila anda sudah jumpa aplikasi yang paling sesuai dengan anda, kerja- kerja editing dan perkongsian akan menjadi sangat mudah dan pantas.

Selamat mencuba!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge