October 27, 2016

3 perkara kita kena cepat kuasai sekarang di Facebook

Pernah satu ketika, Newsfeed Facebook anda mungkin penuh dengan pelbagai iklan dan promosi sehingga menyebabkan anda terpaksa “unfriend” atau “unfollow” rakan- rakan yang terlibat. Ketidakgembiraan pengguna telah menyebabkan Facebook begitu agresif menukar algorithm bagi memastikan pengguna benar- benar dapat melalui pengalaman yang menyeronokkan (dan melekakan) sahaja.

Perubahan demi perubahan dalam medium Facebook sekarang ini menjadikan “permainan” bisnes online menjadi lebih menarik, dan jika anda bijak mengambil peluang, ia boleh jadi sangat menguntungkan. Tetapi tidak boleh bertangguh lagi, mesti mulakan sekarang.

belajar-3-perkara-ini-segera

1- Baiki “online positioning”

Saya membaca dan mendengar orang bercakap tentang “online positioning” hanya dalam 2 tahun kebelakangan ini. Ini berikutan dengan ramainya pengguna Facebook mula merungut apabila rakan- rakan mereka mula berniaga dan mempromosi produk secara “hard sell”. Tindakan “hard sell” merubah lanskap Facebook seolah- olah menjadi pasar malam dengan ratusan penjual memanggil- manggil bakal pelanggan tanpa henti. Jika anda baru bermula, anda tidak mahu buat perkara yang sama, betul tak? Jadi ini adalah masa terbaik untuk anda menuntut ilmu tentang “online positioning” dan ambil peluang untuk bina kredibiliti anda di mata Friends & Followers. Untuk memahami lebih lagi tentang perkara ini, saya sarankan anda ikut rapat Facebook Puan Ainon Mohd. Saya belajar banyak tips berguna melalui Puan Ainon tentang “online positioning” dan telah mula mengaplikasikannya dalam bisnes saya.

2- Mulakan “story telling”
Jika anda tidak mahu dilabel sebagai “salesman Facebook” kerana hanya posting menjual saja yang anda pandai buat, anda perlu cari jalan untuk belajar soft selling melalui cara “story telling”. Antara perkara yang anda boleh cuba untuk memperbaiki penampilan anda di Facebook ialah melalui penulisan yang menarik, menyebabkan Friends & Followers tertunggu- tunggu posting/ story anda setiap hari. Memang ramai yang mengeluh, dan berkata, “tapi saya ni tak pandai la nak tulis sedap- sedap”. Sebenarnya tidak perlu risau bab itu, kerana ada banyak cara anda boleh belajar untuk menulis dan bercerita. Cara yang mudah bagi saya ialah dengan mengikut rapat posting- posting beberapa individu terkenal di Facebook seperti Khairul Hakimin Muhammad, Cikgu June Mohd Som dan penulis Dr. Bilal Hayya. (Dr. Jamilah Jaafar). Perhatikan cara mereka menulis dan bercerita, dan mula berlatih sedikit demi sedikit.

3- Bina Followers
Jika kita sudah faham tentang “online positioning” dan “story telling”, maka kita mesti juga faham, jumlah followers ada indikasi kepada kejayaan atau kegagalan kita membina pengaruh di Facebook. Jika cara kita itu tepat dan digemari, maka tanpa perlu bersusah payah mencari atau add rakan baru, berduyun- duyun orang lain mahu menjadi rakan kita. Sudah ramai pengguna Facebook yang menikmati pelbagai keuntungan apabila followers mereka mencecah puluhan dan ratusan ribu orang. Pada ketika ini, kita tidak perlu lagi bersusah payah “hard sell”, kerana orang sudah kenal kita, dan mempercayai kredibiliti kita.

3 perkara di atas adalah cara PERCUMA, atau disebut sebagai zero cost marketing. Jika kita tidak punya modal untuk bermain di FB Ads, inilah cara yang patut kita cuba sekarang juga. Bina jenama diri anda sendiri, dan lihat peluang bina bisnes akan datang dari pelbagai pihak dan tempat.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Dd - October 27, 2016 Reply

Kak Put3,
Boleh jelaskan sket apa tu online positioning x?? 🙂

Leave a Reply:

CommentLuv badge