August 17, 2016

4 Karektor Wanita Yang Bekerja Dari Rumah

Saban hari semakin ramai wanita memulakan perniagaan kecil- kecilan dari rumah. Antara pilihan yang popular ialah menjual makanan, pakaian, barangan kraf, menjadi pengedar produk syarikat lain, atau menjadi ejen kepada jenama – jenama orang lain. Jika dilihat trend perniagaan online, boleh dianggap sesiapa sahaja boleh memulakan apa- apa perniagaan mereka di rumah, samada suri rumah sepenuh masa, ataupun secara sambilan bagi wanita yang berkerjaya.

Namun begitu, ramai yang boleh bermula, tetapi ramai juga yang berhenti separuh jalan dan tidak berjaya. Karektor utama wanita yang berniaga dari rumah ini banyak akan mempengaruhi hala tuju perniagaannya dan juga sejauh mana wanita itu akan bertahan.

1- Boleh buat keputusan sendiri 

Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang memerlukan kita membuat keputusan. Bukan saja perlu buat keputusan, tapi keputusan mesti dilakukan dengan tepat dan cepat. Memandangkan kita berurusan dengan ramai orang, dan kita tidak ada majikan atau orang atasan, segala keputusan perlu dibuat sendiri. Kegagalan untuk buat keputusan dengan cepat, mungkin akan menyebabkan kita kehilangan pelanggan dan peluang- peluang bisnes setiap hari. Selain mampu membuat keputusan sendiri, kita juga harus berani menanggung kesan akibat daripada keputusan yang kita buat itu. Untuk belajar buat keputusan sendiri, kita mesti :

  • Bersedia untuk belajar dari kesilapan
  • Tidak malu untuk bertanya dengan orang yang lebih arif
  • Berani untuk redah, belajar sambil buat
  • Elakkan sikap bertangguh (kerana takut untuk buat keputusan)

 

2- Yakin diri

Bisnes dari rumah biasanya bermula kecil- kecilan, dan kita hanya ada seorang saja team member iaitu DIRI SENDIRI! Mahu tidak mahu, kita mesti belajar untuk meningkatkan keyakinan diri setiap hari. Cabaran bisnes tidak akan surut, dan tanpa keyakinan diri yang tinggi, kita akan mudah hilang semangat dan putus asa. Bagi bisnes yang dijalankan secara online, keyakinan diri kita sangat mudah digugat dengan kemunculan pelbagai produk lain dengan gaya pemasaran yang lebih canggih daripada yang kita ada. Keyakinan diri boleh dipertingkatkan dengan:

  • Melaburkan masa dan wang untuk belajar ilmu- ilmu baru,
  • Keluar bergaul dengan rakan- rakan bisnes di dalam bidang yang sama,
  • Merujuk kepada mentor
  • Minta sokongan daripada orang yang terdekat dengan kita

 

3- Bermotivasi tinggi (tanpa perlu dimotivasi dek orang lain)

Kalau sudah ada bisnes sendiri, dah boleh buat keputusan sendiri dan yakin dengan diri, kita mesti boleh memotivasikan diri sendiri. Sikap “seperti pahat dengan penukul” adalah musuh utama kepada mereka yang berniaga dari rumah. Tidak ada bos yang akan marah kita, tidak ada majikan yang akan potong gaji kita, tetapi disebabkan tidak ada sesiapa inilah, kita mudah hilang fokus dan hilang semangat untuk bergerak. Untuk sentiasa bermotivasi dalam urusan bisnes harian, kita boleh:

  • Amalkan bangun lebih awal daripada biasa setiap hari
  • Buat to-do-list setiap hari, jadikan ia sebagai penanda aras produktiviti harian
  • Buat jadual harian yang fleksibel (fokus ikut kepentingan/ prioritize)
  • Banyakkan membaca tentang ilmu berkaitan bisnes kita

 

4- Bijak merancang 

Walau sekecil mana pun bisnes kita di rumah, kita wajib bijak merancang. Perancangan mestilah merangkumi rancangan harian, mingguan, bulanan dan malah mesti belajar untuk membina roadmap 1-5 tahun ke hadapan. Jangan fikir, “Alah, aku jual kuih je, nak buat apa roadmap semua ni”. Ini adalah pemikiran yang salah, dan membuatkan anda mudah untuk melakukan kerja yang sia- sia dan tidak berfaedah kepada bisnes anda. Perancangan yang baik setiap hari akan mengelakkan anda burn out, kerana pada masa yang sama anda mesti menguruskan rumahtanggan dan keluarga. Cara mudah untuk merancang ialah:

  • Mesti tahu berapa jam sehari anda mesti gunakan untuk bisnes
  • Mesti ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk bisnes
  • Buat refleksi diri setiap hari tentang cara anda menggunakan masa untuk bisnes
  • Belajar untuk guna masa secara efisyen setiap hari

Samada kita telah pun bermula dengan bisnes di rumah ataupun masih bercadang- cadang untuk memulakan bisnes di rumah, 4 karektor ini mestilah digarap di dalam diri kita, dan diperbaiki dari masa ke masa. Jangan risau jika karektor ini belum lagi sempurna, kerana perjalanan bisnes sememangnya satu proses pembelajaran yang berterusan. Kuatkan semangat dan lakukan yang terbaik!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge