March 29, 2016

8 perkara yang part-timers mahu dalam bisnes

  1. Part- timers, mereka mahu ada bisnes sendiri, tetapi juga mahu ada kerjaya tetap. Walaupun ramai merungut pada hari Isnin, ataupun hari- hari merungut, tapi majoriti orang tak mahu tinggalkan pekerjaan yang sedia ada. Apatah lagi kalau dah bertahun- tahun bina kerjaya dan skil, sayanglah nak berhenti kerja betul tak?
  2. Part- timers, mereka mahu ada extra cash, untuk hobi dan minat sampingan. Kalau ada extra cash, tengah bulan pulak tu, boleh la merasa beli apa yang diidamkan, tanpa rasa bersalah guna duit gaji. Belanja rumah pun tak terganggu.
  3. Part- timers, mereka mahu ada extra cash, untuk tambah tabungan dan pelaburan. Jenis yang berdisiplin macam ni paling enjoy buat part time. Kalau dapat sikit, mereka simpan sikit. Dapat banyak simpan banyak. Kalau sebulan boleh buat 100 ringgit, setahun dah 1200 ringgit. Orang yang menabung dan melabur mesti appreciate jumlah sebegini walaupun nampak kecil saja.
  4. Part- timers, yang mahu multiple streams of income, tak mahu tunggu satu sumber saja. Walaupun gaji besar 5 angka sebulan, tapi kalau ada sumber lain yang boleh add on, takkan nak tolak betul tak? Walaupun masuk 100 ringgit, mesti ambil punya. Duit kot!
  5. Part- timers, mereka mahu guna social media untuk tambah income. Ini cara paling mudah sebab semua orang pun on Facebook, Instagram. Dan work force hari ini, memang heavy users untuk platform social media. Kalau tengok Facebook, tengok kawan- kawan ada bisnes tepi, teringin lah juga kan.
  6. Part- timers, mereka mahu semua urusan bisnes boleh dibuat secara ONLINE. Part- timers tak ada banyak masa nak ke sana sini. Waktu kerja 9-6 hari- hari, nak buat bisnes yang kena pergi sana sini ambil barang, pos barang, bungkus barang, memang agak sukar. Jadi kalau ada bisnes yang semua boleh online seperti order dan delivery boleh dibuat online, kan senang!
  7. Part- timers, mereka mahu spend 2-3 jam saja sehari untuk bisnes. Kalau mahu yang cuma 2-3 jam sehari, kena cari bisnes yang dah ada sistem. Sebab yang part- timers ada komitmen kerja dan keluarga. Kalau kena spend 5-6 jam sehari, memang tak sempat. Sistem yang ringkas, yang mudah ditiru boleh membantu part- timers buat kerja bisnes tanpa mengabaikan hal- hal lain.
  8. Part- timers, mereka mahu gaya bisnes yang fleksibel, boleh dijalankan di mana saja. Semua orang mahu bisnes di hujung jari. Part- timers dah tak ada tenaga nak buka kedai pula di sebelah malam. Kalau boleh sambil baring nak promote bisnes, nak ambil order dan nak terima income. Dan kena lah cari bisnes yang boleh dibuat di mana- mana, asalkan ada internet.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge