Adakah Anda Tergolong Dalam Kategori “Sugar Face”?

Pernahkah anda mengetahui tentang satu terma dalam dunia kecantikan kulit sebagai “sugar face?”

Terma “sugar face” ini merujuk kepada kulit wajah yang mudah berjerawat, berkedut dan nampak lebih 10 tahun tua daripada usia sebenar.

Komuniti pakar kulit/ dermatologist merujuk “sugar face” ini sebagai kulit muka kusam dan berjerawat, malah kulit dengan masalah eczema juga boleh tergolong dalam kategori “sugar face” ini.

Berikut adalah 5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang “sugar face”.

1- Ia boleh muncul dalam masa semalaman sahaja

Pernahkah anda bangun pagi dengan beberapa biji jerawat baru yang muncul ketika anda sedang tidur? Ini mungkin berpunca daripada menu tinggi gula yang anda makan pada hari sebelumnya.

Mungkin pada hujung minggu, anda berpesta makanan, dan tidak memberi perhatian kepada kandungan gula yang anda makan, dan pada hari Isnin, nah dapatlah habuannya dalam bentuk jerawat bernanah, bengkak dan menyakitkan! Lebih malang lagi, jika belum pun sempat jerawat ini sembuh, muncul lagi jerawat yang baru “menghiasi” wajah anda.

Ketahuilah masalah “sugar face” ini boleh hinggap di wajah kita dalam sekelip mata sahaja!

2- Kulit kedut dan kendur makin ketara hari demi hari

Tahukah anda, gula berlebihan dalam tubuh memusnahkan protein dan kolagen dengan pantas? Akibatnya kulit yang tegang akan menjadi kendur dan berkedut, lebih laju berbanding usia. Sebab itulah kita sering melihat ada orang yang kelihatan lebih tua berbanding usia, dan inilah yang dilakukan oleh gula saban hari.

Untuk penerangan lebih terperinci, apa yang anda perlu faham ialah, apabila gula memasuki sistem tubuh kita, insulin akan dikeluarkan dengan banyak dan ini menyebabkan radang dalam tubuh juga meningkat. Apabila keradangan dalam tubuh meningkat, enzim yang dikeluarkan oleh tubuh akan merosakkan kolagen dan elastin.

Sebab itu kita lihat, mereka yang ada masalah kerintangan insulin atau diabetes kelihatan lebih tua daripada usia.

3- Muka berjerawat sukar dirawat

Pernahkah anda mengalami masalah jerawat yang berpanjangan? Dan seringkali produk penjagaan wajah hanya berkesan dalam sementara waktu sahaja?

Pengambilan gula tambahan yang berlebihan menyebabkan keradangan meningkat dalam tubuh dan ini memberi kesan kepada keupayaan tubuh melawan bakteria yang singgah di kulit kita. Oleh sebab itu, kulit mudah mendapat jangkitan dan sukar untuk sembuh dalam masa yang singkat.

Contoh paling mudah ialah bakteria punca jerawat. Sekiranya tubuh tidak mengalami keradangan yang teruk, sukar untuk bakteria punca jerawat hidup di atas kulit kita, kerana tubuh dapat melawan dengan efektif. Berbeza sekiranya tubuh tidak kuat melawan (akibat diet tinggi gula) maka mudahlah bakteria hidup dan jerawat akan semakin berleluasa dan sukar dirawat.

4- Petanda gangguan hormon

Ramai tidak tahu yang kulit wajah boleh memberi indikasi bahawa kita mengalami gangguna hormon, dan “sugar face” adalah salah satu indikasi yang mudah dilihat.

Gula berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan hormon testosterone meningkat dan ini menyebabkan liang roma lebih besar dan sukar untuk dikecilkan. Liang roma yang besar menyebabkan kekotoran mudah tersimpan dan menjadi punca jerawat, white head dan black head tidak berkesudahan.

Hormon testosterone yang tinggi juga menyebabkan salur darah menjadi keras dan tidak kenyal. Apabila ini berlaku, kulit akan lebih berminyak, dan kulit mudah kehilangan air. Apabila ini berlaku, kulit akan kendur dan lingkaran gelap di bawah mata akan lebih ketara.

Perhatikan kenalan yang mengalami masalah hormon dan lihat samada wajah mereka ada tanda- tanda yang disebutkan ini.

5-  “Sugar face” boleh dirawat dalam masa yang singkat

Walaupun kondisi “sugar face” ini boleh jadi sangat merungsingkan, namun ia dapat dirawat dengan cara yang sangat mudah. Berhenti mengambil gula tambahan dalam diet, dan anda boleh lihat kesannya dalam masa 48 hingga 72 jam. Sangat pantas! Tidak ada cara lain merawat “sugar face” selain daripada pergi ke akar umbi masalah yang berpunca daripada GULA itu sendiri.

Perhatikan diet harian anda, dan senaraikan apakah makanan dan minuman tinggi gula yang anda ambil setiap hari. Mulakan langkah pertama dengan meninggalkan makanan tersebut A.S.A.P!

Untuk panduan, anda boleh merujuk kepada Menu 7 Hari No Sugar Challenge dan sekiranya perlu, hubungi Coach Gula untuk menyertai kelas bimbingan mingguan.

Testimoni

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam No Sugar Challenge dan kesannya kepada “sugar face” yang saya alami. Berikut adalah gambar- gambar yang anda sendiri boleh buat perbandingan berdasarkan 5 perkara yang saya kongsikan di atas.

Ini perbezaan bentuk wajah saya sebelum dan selepas No Sugar Challenge. Pada usia 36 tahun, saya tidak menjaga pengambilan gula dan sangat suka minum teh ais setiap hari!

Ini perubahan ketara dalam masa satu tahun sahaja. Bentuk muka lebih tirus dan pipi lebih pejal.

 

Facebook Comments

Please Login to Comment.