March 29, 2016

Bagaimana mengekalkan momentum apabila bebas bekerja di rumah?

Pada pendapat saya, ada 3 perkara penting yang anda perlu tahu untuk mengekalkan momentum apabila sudah bebas bekerja di rumah tanpa pengawasan orang yang digelar BOS, iaitu:

1- Mempunyai matlamat yang jelas
Saya suka buat matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Target jangka pendek biasa membuatkan saya lebih tekun, kerana saya tak sabar nak melihat results. Apabila saya capai target jangka pendek, saya tahu saya semakin hampir untuk mencapai target jangka panjang saya.

2- Buat to-do-list setiap hari
Ini adalah kegemaran saya, iaitu senarai tasks harian yang perlu saya selesaikan. Tidak perlu senarai panjang berjela, cukup 3-5 perkara yang paling penting dan paling urgent. Bila ada senarai begini, dan kita berjaya siapkan dalam masa sehari, kita akan jadi lebih bersemangat kerana ada pencapaian harian. Lama- lama kita akan membentuk tabiat yang baik.

3- Ada sparring partner dan kumpulan
Biasanya bila kita buat perancangan seorang diri, kita sering mengelat. Ada masa kita tekun, ada masa kita culas. Kalau kita ada partner atau group yang boleh beri peringatan sesama sendiri, lebih mudah untuk kita mengekalkan momentum. Setiap orang ada cabaran masing- masing, dan ini boleh dijadikan panduan bersama dalam satu kumpulan.

Kuasa tindakan akan menolak kita untuk sampai ke matlamat yang kita idamkan. Kita tidak perlu bertindak besar- besaran setiap hari, tetapi cukuplah dengan tindakan kecil- kecilan tetapi berpanjangan. Istiqomah adalah cabaran terbesar dalam kita mencapai impian dan matlamat, tidak kira samada dalam bisnes, pelajaran, ataupun kehidupan kita secara amnya.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge