February 15, 2017

Bisnes cara mudah dengan dropship

Dalam tahun 2012, ketika saya mula serius dengan bisnes sambilan secara online, bisnes gaya dropship belum begitu popular. Namun begitu setahun kemudian, dalam tahun 2013 sehinggalah ke hari ini, bisnes dropship menjadi begitu popular dan sentiasa mendapat sambutan.

Imej from Google

Model bisnes ini sangat mudah dan ringkas menjadikan ianya terus digemari oleh peniaga sambilan.

Secara ringkasnya, model bisnes ini memerlukan seller jadi orang tengah di antara pelanggan dan syarikat dropshipper.

Ianya sangat mudah kerana seller tidak perlu ada stok fizikal dan seller tidak perlu buat penghantaran produk.

Seller juga tidak perlu keluarkan modal yang tingi, hanya bayar sedikit yuran permulaan kepada syarikat dropshipper. Ada juga yang mengenakan yuran bulanan atau tahunan kepada seller.

Untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi, syarikat akan menyediakan bahan- bahan yang diperlukan seperti poster- poster produk berserta maklumat seperti harga, saiz, warna dan lain- lain. Malah adakalanya syarikat turut akan menyediakan copywriting bagi kegunaan seller.

Apakah proses yang dilalui semasa urusniaga dropship berlangsung?

Prosesnya begitu ringkas.

1- Apabila pelanggan sudah berkenan dengan produk tersebut, mereka akan membuat pembayaran (harga pasaran) beserta kos penghantaran kepada seller.

2- Seller akan membuat pesanan kepada syarikat, dan memberikan maklumat pelanggan seperti jenis dan kuantiti produk, nama pelanggan, nombor telefon dan juga alamat penghantaran.

3- Seller juga akan membuat pembayaran kepada syarikat pembekal produk tersebut.

4- Syarikat akan memberikan pengesahan pesanan kepada seller dan seller akan memaklumkan kepada pelanggan.

5- Apabila penghantaran telah dibuat, syarikat akan memberikan maklumat seperti nombor tracking Pos Laju atau syarikat kurier yang digunakan kepada seller untuk dipanjangkan kepada pelanggan sekiranya perlu.

Bagaimana seller peroleh pendapatan?

Syarikat biasanya akan memberi harga yang rendah kepada seller berbanding harga pasaran, dan perbezaan harga inilah untung yang diperolehi oleh seller. Lebih banyak kuantiti yang terjual, lebih tinggi pendapatan yang mereka perolehi.

Ianya begitu straight to the point!

Peluang bisnes dropship ini membuka ruang kepada ramai orang untuk belajar buat bisnes kecil- kecilan dan secara sambilan. Malah ramai juga di kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti dapat duit poket dengan kaedah ini.

Pernahkah anda mencuba bisnes gaya dropship?

Kongsilah dengan saya pengalaman anda itu di ruangan komen ya.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge