February 23, 2017

Bisnes sampingan juga perlu ada sistem

Satu ketika dahulu, saya pernah diminta untuk berkongsi idea dan pandangan tentang cadangan rakan saya mahu mulakan bisnes sampingan. Ketika itu saya sudahpun ada bisnes sampingan saya sendiri, dan rakan saya juga berminat untuk melakukan perkara yang sama.

Rakan saya ini berbakat dalam membuat roti. Setiap kali dia buat roti, kami akan dijamu dan pasti ada yang mengupah rakan saya ini untuk buat lagi. Dari situlah timbul idea untuk mulakan bisnes kecil- kecilan, dia mahu mengambil tempahan roti.

Dan segmen pelanggan yang dipilih, sudah tentunya rakan di pejabat, dan melalui Facebook, dia mahu mengambil pesanan daripada rakan- rakan lain di pejabat- pejabat berhampiran.

Image from Google

Semasa kami berbincang, saya pun bertanyakan beberapa perkara kepada rakan saya ini.

Yang pertama, berapa kuantiti roti yang dia mahu hasilkan setiap hari? 

Oleh kerana dia hanya beroperasi di rumah, dan oven yang ada juga bersaiz kecil kegunaan keluarga, dia kena tentukan kuantiti yang mahu dibuat setiap hari, bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Yang kedua, berapa jumlah pendapatan sampingan (bersih) yang dia mahu melalui bisnes roti tersebut?

Target pendapatan (bersih) mingguan perlu ada bagi membolehkan dia membuat perancangan secara lengkap. Jika mahu lebih banyak pendapatan, perlu buat lebih banyak pelanggan. Lebih ramai pelanggan, bermakna lebih tinggi kuantiti roti yang dihasilkan setiap hari.

Yang ketiga, berapa banyak masa yang diperlukan untuk menghasilkan jumlah roti yang diperlukan setiap hari?

Oleh kerana rakan saya ini juga bekerja sepenuh masa, dia ada beberapa jam setiap malam untuk menyiapkan tempahan. Dan mungkin juga dia perlu bangun awal pagi untuk menyediakan bahan yang diperlukan. Jumlah masa yang ada perlu diselarikan dengan jumlah tempahan yang diambil.

Yang keempat, apakah perancangan untuk dia menyediakan bahan- bahan mentah yang diperlukan?

Walaupun tempahan diambil secara harian, bahan mentah perlu disediakan lebih awal lagi, mungkin perlu dibeli secara mingguan. Sudah tentu masa adalah suntuk sekiranya perlu membeli bahan mentah selepas waktu pejabat, dan bergegas pulang ke rumah untuk mengadun, menguli dan membakar roti.

Yang kelima, untuk pesanan selain rakan- rakan pejabat, bagaimanakah cara untuk dia menghantarnya? Adakah pelanggan perlu datang mengambil, atau dia perlu ke tempat pelanggan? Dan adakah ia akan mengganggu urusan harian di pejabat pula?

Berdasarkan soalan- soalan ini, kami berbincang panjang lebar tentang sistem yang diperlukan untuk bisnes kecil- kecilan. Dari sini timbul kesedaran bahawa, sistem sangat penting untuk apa juga bisnes yang mahu kita mulakan.

Tidak kira bisnes kecil atau besar, sepenuh masa atau sampingan, jika sudah ada sistem, bisnes boleh berjalan lancar dan menguntungkan.

Pernahkah anda terfikir isu yang sama dengan bisnes sampingan anda sekarang?

 

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

aisha - February 23, 2017 Reply

aku la
pembakar roti yg penat itu

Leave a Reply:

CommentLuv badge