Ciri- ciri bisnes part time yang berbaloi

Tren memiliki bisnes part time kini bukan lagi sekadar mencari pendapatan tambahan, malah boleh menjana keuntungan yang sangat lumayan. Malah, bisnes part time mempunyai risiko yang rendah berbanding memulakan bisnes secara sepenuh masa, dan yang paling penting, tiada kebimbangan kehilangan pendapatan sekiranya bisnes yang dicuba tidak menjadi.

Walaupun risikonya rendah, ia tidak bermakna kita tidak perlu berhati- hati memilih jenis bisnes yang mahu dimulakan. Bisnes part time mestilah berbaloi supaya masa dan tenaga yang kita salurkan tidak menjadi sia- sia.

5 ciri bisnes berbaloi

1- Bisnes modal rendah
Sebenarnya terdapat banyak pilihan bisnes secara part time dengan modal yang rendah, serendah kurang daripada RM100. Peluang seperti ini biasanya terdapat pada bisnes sebagai pengedar produk dan ejen dropship. Elakkan daripada mengeluar produk sendiri yang memerlukan modal permulaan dan kos pemasaran yang tinggi.

2- Bisnes yang fleksibel
Cara bisnes yang fleksibel bermakna ia tidak mengganggu waktu bekerja kita yang biasa. Kita boleh melakukan bisnes part time selepas waktu kerja, dan juga di rumah. Selain waktu, perlu diambil kira gaya pemasaran yang fleksibel seperti menggunakan kaedah online, yang tidak memerlukan kita berada di tempat- tempat tertentu untuk mendapatkan pelanggan. Ada yang mengupah orang lain menguruskan bisnes part time, tetapi ini bermakna terdapat implikasi kos yang dikeluarkan untuk membayar gaji pekerja.

3- Bisnes ada mentor
Untuk bermula, pastikan bisnes part time tersebut mempunyai mentor yang mudah untuk kita hubungi dan berupaya mengajar kita selok belok bisnes tersebut. Walaupun bisnes secara part time sahaja, ia tidak bermakna kita tidak perlu belajar dengan orang lain yang terlebih dahulu melakukannya. Biasanya mentor juga bermula secara part time, jadi dia lebih memahami cabaran yang perlu dilalui dan cara- cara mengatasi cabaran- cabaran tersebut.

4- Bisnes tak ganggu masa keluarga
Antara yang menjadi kerisauan ramai orang untuk mula bisnes secara part time ialah risau mengganggu waktu bersama keluarga. Ada bisnes part time yang memerlukan kita keluar rumah pada waktu malam, atau setiap hujung minggu. Namun begitu terdapat banyak peluang bisnes part time yang boleh dilakukan dengan mudah di rumah sahaja. Pilihlah jenis yang boleh dilakukan secara home-based kerana ia lebih sesuai untuk orang yang berkeluarga, samada oleh lelaki ataupun wanita.

5- Bisnes online 
Mungkin sebenarnya tidak ada bisnes part time yang tak guna cara online. Setiap hari pasti ada saja produk baru yang keluar, dan ejen part time memang diperlukan untuk memasarkan produk- produk tersebut. Pemasaran secara online adalah yang paling menjimatkan masa dan tenaga, terutamanya jika kita hanya ada 2-3 jam sehari sahaja untuk bisnes.

Anda mahu luangkan masa untuk belajar dan memahami bagaimana bisnes part time secara online boleh mendatangkan hasil yang lumayan? Mungkin BENGKEL BLOGGING ini boleh membantu anda.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Sue - November 26, 2016 Reply

Saya pernah buat 2 bisnes part time sebelum ni. Memang terganggu masa dengan anak2.
Akhirnya, stick dengan bisnes sekarang. ALhamdulillah. tak ganggu langsung masa dengan family.
Weeekend boleh bersama family, pegi bercuti, attend kenduri. Weekdays pi keje macam biasa.
Sue recently posted…Tips Memilih Bisnes Part Time Yang Terbaik yang boleh dijalankan dari rumah je..My Profile

Leave a Reply:

CommentLuv badge