January 11, 2017

Daftar Google My Business untuk bisnes di rumah

Sejak saya mendaftarkan bisnes saya di Google My Business, saya semakin banyak menerima panggilan ataupun mesej WhatsApp daripada kalangan mereka yang berada berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya.

Yang lebih mengujakan, apabila mereka menemui saya di Google My Business, proses untuk close sale juga lebih pantas, kerana sememangnya mereka mencari orang yang boleh bantu mereka mendapatkan produk yang mereka inginkan.

Google My Business seolah- olah memberi saya peluang short cut untuk close sale pula. Dan lebih mudah, disebabkan mereka berada berhampiran, urusan untuk penghantaran boleh dilakukan dengan lebih menjimatkan masa.

Jadi saya kongsikan di sini langkah- langkah yang sangat mudah untuk anda juga mendaftarkan bisnes anda di Google Business.

Langkah pertama, pergi ke website Google My Business  .

Langkah kedua, klik START NOW dan isikan butiran bisnes seperti yang diminta.

Untuk yang ada bisnes di rumah, saya berpendapat, anda perlu juga mengambilkira faktor keselamatan. Alamat rumah mungkin akan mendedahkan anda kepada perkara yang tidak diingini, kerana ianya terbuka untuk semua orang di internet. Alamat premis perniagaan adalah lebih sesuai digunakan sekiranya anda mahu mengambil kira faktor ini. Tapi saya akan share satu tips yang saya buat selepas ini, anda perlu baca sampai habis.

Langkah ketiga, selesai isi semua maklumat, anda boleh edit maklumat, letak gambar berkaitan, waktu operasi dan lain- lain. Anda perlu tahu, pada langkah ini, bisnes anda belum lagi disahkan oleh Google. Ada satu langkah penting anda kena lakukan. Baca seterusnya ya.

Langkah keempat, tunggu poskad ini sampai. Inilah langkah yang buat ramai orang dah malas nak layan Google My Business, kerana poskad ini mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tangan kita. Saya tunggu lebih 2 minggu untuk poskad ini, dan ada yang lebih sebulan baru terima poskad dari Google ni.

Ini rupa poskad yang akan anda terima. Saya dah hilangkan poskad tersebut, jadi ini rupa poskad tersebut saya ambil daripada Google image. Poskad ini akan menentukan yang anda memang memberikan butiran yang lengkap tentang bisnes anda. Kalau tipu alamat, memang tak siap lah kerja nak register Google My Business.

Langkah kelima, masukkan kod pengesahan yang terdapat di dalam poskad seperti yang diarahkan oleh Google, dan siaplah sudah proses mendaftarkan bisnes anda di Google My Business. Jadi sekarang orang dah boleh jumpa anda di Google apabila mereka search perkhidmatan yang mereka kehendaki.

Okay saya share tips berkaitan alamat rumah tadi ya.

Apa yang saya buat ialah, selepas saya dah sahkan guna kod yang diberi dalam poskad tadi, saya cepat- cepat edit bahagian alamat. Saya buangkan nombor rumah, dan hanya memberikan alamat am saja. Memandangkan saya tinggal di kondo, jadi agak sukar untuk orang luar meneka yang mana satu unit kediaman saya sekiranya mereka hanya melihat kepada nama am kawasan kondo sahaja. Jadi anda mungkin boleh cuba kaedah yang sama sekiranya anda berbisnes daripada rumah. Berikan alamat am sahaja.

Ramai give up nak buat listing sampai lengkap, mengapa?

Saya ingin berkongsi juga dengan anda, bahawa ramai yang berhenti pada langkah keempat, dan mereka tidak siapkan sehingga langkah kelima. Ini kerana penantian poskad bersama kod pengesahan yang memakan masa yang lama. Akhirnya mereka lupa, dan sudah malas untuk meneruskan.

Sekiranya anda sudah siap kesemua langkah di atas, apa yang perlu buat ialah mengemaskini maklumat bisnes dari masa ke masa. Dan perlu juga anda ketahui, listing di dalam Google My Business tidak menjanjikan bisnes anda akan mudah ditemui atau ranking di Google dengan mudah. Rajin- rajinlah mengemaskini maklumat bisnes anda ya.

Google My Business juga ada menyediakan Insight report.

Pada pendapat saya, walaupun nampak agak leceh untuk set up kan Google My Business listing ini, tetapi ia sangat berbaloi. Oh kalau anda rasa komplikated sangat nak set up benda ni, anda boleh email saya, dan saya akan cuba bantu. Email saya puteriyusof@gmail.com dengan tajuk email : Saya tak reti nak buat Google My Business .

Semoga tips saya ini dapat membantu bisnes anda ya!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge