Do’s And Don’ts – 7 Hari No Sugar Challenge

Jika anda belum tahu lagi, dengan hanya melakukan No Sugar Challenge dalam masa 7 hari saja, anda sudah boleh merasakan pelbagai perubahan positif pada tubuh badan anda – luaran dan dalaman.

Saya ada menulis tentang kesan berhenti makan gula selama 7 hari dan di group Facebook Geng No Sugar Challenge, terlalu ramai telah berkongsi kesan positif walaupun hanya selama 7 hari!

Tetapi sebelum kita mendapat kesan positif itu, pastikan kita tahu terlebih dahulu apakah pantang larang dan do’s and don’ts No Sugar Challenge 7 hari ini.

Do’s 

1- Untuk pesakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan lain- lain, sila minta pendapat dan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.

2- Mulakan bersenam ringan setiap hari, sepanjang 7 hari No Sugar Challenge – cukup sekadar membuat regangan dan brisk walking 30 minit sehari.

3- Ambil ukur lilit pinggang dan pinggul untuk melihat perubahan berat badan – ada orang tidak turun berat badan tetapi mendapat inch loss yang ketara selepas 7 hari.

4- Ambil gambar bahagian wajah kerana kesan pada kulit wajah adalah amat ketara selepas 7 hari anda bercerai dengan gula.

5- Pilih untuk makan makanan yang disediakan sendiri di rumah berbanding yang dibeli di luar selama 7 hari ini.

6- Ambil supplements yang membantu anda melawan sugar withdrawal / sugar craving setiap hari. 3 jenis wajib kegemaran Coach Gula – multivitamin with chromium, B Complex dan omega-3 fish oil.

Don’ts

1- Jangan ambil makanan berasaskan tepung gandum langsung sepanjang 7 hari ini. Walaupun ada yang tanpa gula tambahan, tetapi gandum boleh trigger rasa kemaruk dan ketagih juga.

2- Jangan terlalu bergantung kepada buah- buahan untuk snek. Pastikan ada variety seperti kacang- kacang dan salad.

3- Jangan kira kalori! Fokus kepada ZAT DAN KHASIAT makanan yang anda makan saja.

4- Jangan kedekut nak makan sayur – pastikan sekurang- kurangnya ada 2 jenis sayur/ ulam/ salad ketika makan tengah hari dan makan malam.

5- JANGAN PANIK – it’s just for 7 days, anda tidak akan mati tanpa gula tambahan.

Selamat mencuba!


Hubungi Coach Gula untuk bimbingan mingguan.

Sertai Group Facebook Geng No Sugar Challenge untuk pelbagai perkongsian harian.

Facebook Comments

Please Login to Comment.