September 5, 2016

Kelebihan dan cabaran bisnes dari rumah

Impian untuk duduk di rumah sambil membesarkan anak- anak, adalah impian popular ramai wanita, namun ramai yang tidak buat keputusan ini disebabkan oleh kekangan ekonomi keluarga. Yang menariknya, cabaran ini disambut oleh segolongan wanita yang mengambil jalan tengah iaitu dengan membina bisnes di rumah tanpa perlu mengorbankan pendapatan bagi membantu keluarga.

BISNES DI RUMAHKEBAIKAN DAN CABARAN

Antara pilihan popular di kalangan wanita ialah dengan berniaga di rumah seperti :

  • Katering makanan
  • Pembuatan kraf dan pakaian
  • Jualan langsung

Berniaga dari rumah menawarkan fleksibiliti dan kebebasan. Namun, semua orang tahu, kebebasan itu ada harga yang perlu dibayar. Setiap perniagaan yang dipilih ada kelebihan dan cabaran yang perlu diharungi dan ditangani.

KATERING MAKANAN

Kelebihan :

  • Modal rendah untuk mula. Hanya perlu bermula di dapur sendiri tanpa perlu set up keperluan dapur yang baru.
  • Masa yang fleksibel. Tempahan makanan boleh diambil mengikut kesesuaian jadual keluarga.
  • Minat yang menguntungkan. Jika memasak adalah hobi anda, anda lebih enjoy melakukannya dan pada masa yang sama dapat menjana pendapatan yang menguntung.

Cabaran :

  • Bekerja seorang diri. Mengambil tempahan memasak di rumah biasanya dilakukan oleh satu orang sahaja. Bermula dari promosi, mengambil tempahan, memasak dan menghantar tempahan. Ini tidak termasuk lagi kerja membeli bahan mentah dan sebagainya.
  • Pengurusan masa. Disebabkan kita berada di rumah, ada banyak lagi urusan rumahtangga yang juga perlu diselesaikan. Jika tidak dapat mengurus masa dengan baik, bisnes dan keluarga kedua- duanya boleh terjejas.

PEMBUATAN KRAF 

Kelebihan : 

  • Minat yang menguntungkan. Pembuatan kraf yang berkualiti dan menarik hanya boleh dihasilkan dengan adanya minat yang mendalam. Ramai yang tertarik dengan pancingan “turn your passion into money”, jadi mereka secara otomatik akan memilih hobi seperti membuat kraf seperti barang kemas dan perhiasan rumah.
  • Harga yang tinggi untuk hasil kraf yang unik. Hasil kraf biasanya tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, jadi setiap satu adalah unik dan tersendiri. Penggemar kraf tidak berkira untuk membeli pada harga yang tinggi jika hasilnya berkualiti dan tidak boleh ditemui di tempat lain.

Cabaran : 

  • Mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Oleh kerana kraf dihasilkan melalui idea asal dan perlu unik untuk mendapat tempat di hati bakal pelanggan, biasanya satu item akan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Pelanggan mungkin tidak ada kesabaran untuk menunggu produk kraf siap dan mencari pilihan yang lebih mudah.
  • Bakat tidak dikongsi. Sekiranya anda berbakat dan ada skill untuk membuat kraf, pada peringkat awal mungkin anda belum sempat untuk melatih orang lain untuk membantu anda menghasilkan item yang sama kualiti sepertimana yang kita hasilkan. Jika tidak sama standard setiap item, ia boleh mengurangkan minat pelanggan untuk terus setia dengan hasil kraf yang kita hasilkan.

JUALAN LANGSUNG 

Kelebihan : 

  • Modal yang rendah. Untuk menjadi ejen jualan langsung, anda hanya perlu membayar yuran keahlian dan mula menjual produk tanpa mengeluarkan modal. Syarikat akan membayar komisyen berdasarkan jumlah jualan yang dibuat, selain memberi pelbagai insentif lain sepanjang tahun.
  • Boleh dilakukan secara online. Ada syarikat jualan langsung yang membenarkan ejen menggunakan media sosial untuk tujuan promosi. Ini sangat memudahkan urusan jual beli dan juga lebih fleksibel untuk mereka yang berkeluarga.

Cabaran : 

  • Rangkaian kenalan yang kecil. Jika anda sudah lama tidak keluar bekerja, ada kemungkinan jaringan kenalan anda akan semakin mengecil. Anda tidak ada kawan- kawan baru, dan sudah tidak ada masa untuk membina rangkaian baru. Jadi untuk mula semula membina rangkaian mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan jiwa anda.
  • Perlu masa yang lama untuk berjaya. Kenyataannya di dalam bidang jualan langsung, hanya golongan yang bertahan dalam masa yang lama saja boleh menikmati insentif- insentif yang ditawarkan oleh syarikat. Syarikat jualan langsung memberi kelebihan kepada ejen yang setia dan bertahan dengan jenama mereka dengan menawarkan pelbagai ganjaran. Jika anda tidak dapat bertahan sekurangnya 3-5 tahun, ini bukanlah bidang yang sesuai untuk anda.

Memulakan bisnes dari rumah bukanlah pilihan yang sesuai untuk semua orang. Tanpa sokongan yang kuat daripada pasangan, dan juga perancangan kewangan yang baik, cabaran yang dilalui boleh mematahkan semangat. Tetapkan matlamat sebenar anda, dan peganglah kepada prinsip kerja keras, tidak putus asa dan sentiasa belajar daripada kesilapan lalu.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge