Peluang Bisnes Dengan Produk Kecantikan YOUTH Shaklee

Saya perhatikan produk kecantikan dan penjagaan kulit tidak pernah ada surutnya. Produk datang silih berganti, pelbagai jenama, beribu orang “founder” muncul, datang dan pergi. Mungkin anda salah seorang daripada pelanggan pelbagai jenis produk penjagaan kulit, dan kalau boleh dibuat senarai, agak- agaknya berapa jenis jenama dah pernah anda cuba?

Apabila Shaklee Malaysia mengumumkan kemunculan set penjagaan kulit YOUTH, saya sudah mula merangka untuk menawarkan peluang bisnes fleksibel kepada para wanita yang gemarkan produk sebegini.

Saya nampak ini adalah peluang terbaik untuk wanita yang suka produk penjagaan kulit, tetapi ada 3 perkara penting yang lebih menguntungkan sekiranya memilih YOUTH sebagai permulaan kepada bisnes Shaklee anda.

#1 Produk Penjagaan Kulit Yang Terbukti Selamat, Dalam Jangka Panjang

Sekiranya anda memilih YOUTH untuk dijadikan produk bisnes, anda sudah tidak perlu risau lagi tentang isu produk penjagaaan kulit yang berbahaya dan tidak selamat kepada pengguna.

YOUTH sepenuhnya diformulasikan daripadan bahan- bahan botani seperti anggur Muscadine, Schisandra Chinesis, Lotus Japonicus  dan epal. Falsafah Shaklee yang mahu kesemua produknya mencapai status “beyond organic” juga diterap di dalam penghasilan YOUTH ini.

Selain daripada bahan- bahan ini, YOUTH juga diformulasikan supaya BEBAS DARIPADA 2500 BAHAN TERLARANG dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. Amat sukar untuk pengguna mencari produk yang benar- benar selamat dan pada masa yang sama berkesan untuk kulit yang lebih muda dan sihat dalam jangka masa panjang.

Jadi inilah peluang kita untuk menawarkan sesuatu yang tidak wujud lagi dalam pasaran semasa.

#2 Produk Penjagaan Kulit Yang Ada Kajian Klinikal

Sekiranya anda mahukan produk bisnes yang terbukti berkesan untuk pengguna, YOUTH adalah pilihan yang tepat. Shaklee telah menjalankan kajian klinikal terhadap 60 orang pengguna berusia 20an sehingga 60an.

Dalam kajian ini, Shaklee menggunakan Skin Age Index, iatu satu proses terperinci mengukur keberkesanan produk YOUTH ke atas kulit wanita.

Skin Age Index ini dapat mengukur perubahan pada kulit secara objektif, dan bukan sekadar melihat perubahan luaran semata- mata. Dan yang lebih menarik, penggunaan YOUTH secara berterusan terbukti secara klinikal dapat membantu kulit menjadi beberapa tahun lebih muda.

Hasil kajian mendapati 100% daripada wanita ini mengalami perubahan positif pada kulit dan 2/3 daripada mereka telah mempunyai kulit yang lebih muda daripada sebelumnya.

Jadi, bukankah ini peluang terbaik untuk kita menawarkan produk yang benar- benar berkesan kepada pengguna?

#3 Anda Guna YOUTH, Anda Model YOUTH!

Pengguna sudah semakin bijak memilih untuk berbelanja dan mereka tahu kebanyakan produk kecantikan bergantung kepada model dan selebriti untuk tujuan pemasaran.

Model dan selebriti di dalam iklan sudah tentu telah dimekap dan diedit gambar mereka untuk tujuan iklan, jadi pengguna tidak pasti 100 peratus ia berkesan dengan sekadar melihat iklan.

Berbeza dengan YOUTH, Shaklee mahu pengedar sendiri menjadi testimoni dan MODEL! Keyakinan pelanggan terhadap kesan YOUTH adalah bermula daripada anda sendiri sebagai pengguna.

Jadi anda hanya perlu fokus menggunakan YOUTH secara konsisten, perhatikan perubahan, ambil gambar dan biar orang lain yang lihat kesan dan tidak sabar- sabar mahu jadi pelanggan anda.

Saya ingin mengalu- alukan rakan- rakan yang ada passion dalam bidang penjagaan kulit dan kecantikan, untuk menilai peluang ini bersama- sama saya. Mana tahu, ini mungkin pembuka jalan kepada bisnes fleksibel yang menguntungkan untuk anda?

Buat appointment dengan saya untuk lebih info ya 🙂

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: