November 11, 2016

Perlu ke berkawan dengan bos anda di Facebook?

Disebabkan saya bekerja dengan ramai part timers, antara soalan paling popular di kalangan mereka ialah :

“Bos saya ada dalam friend list la, macam mana saya nak buat side business di Facebook ni?”

OK. Sila unfriend beliau ASAP. LOL just kidding!

Ada beberapa tips saya boleh kongsi di sini, mungkin berguna untuk anda juga yang ada bisnes part time dan ada bos pula dalam friend list.

06grant-master1050

Image from Google.

Pertama sekali, jangan uruskan apa juga keperluan bisnes pada waktu kerja. Tak kira sama ada bos ada ke tidak dalam list, yang ini mesti dipatuhi. Guna kesempatan waktu rehat seperti yang saya pernah kongsi di sini .

Kedua, kena buat sedikit kerja menyelenggara waktu posting Facebook yang berkaitan dengan bisnes tersebut. Susun posting selepas waktu pejabat dengan menggunakan Buffer atau Hootsuite. Saya ada tulis sedikit info tentang caranya di sini .

Ketiga, guna peluang ini untuk give back to company. Jika anda boleh menulis dengan baik, dan posting anda dapat sambutan, sebenarnya anda boleh jadi jurucakap untuk syarikat anda juga. Contohnya, kalau syarikat ada acara yang perlu sambutan orang ramai, dan anda ada 5000 followers, mesti boleh bantu buat promosi, percuma pula tu!

Keempat, pastikan posting berkaitan bisnes itu konsisten pada masa- masa tertentu sahaja. Katakan anda sudah tetapkan masa jam 7 petang dan 9 malam setiap hari, sudah tentu bos tahu anda melakukannya di luar waktu pejabat.

Kelima, sebenarnya kena ambil peluang untuk perbaiki komunikasi dengan bos, terutamanya jika perlu berbual sekali sekala, kita dah tahu apa yang dia suka, buku apa dia baca dan sebagainya. Dan dia pun berpeluang mengenali kita dengan lebih baik.

Keenam, bawa lah bisnes anda itu ke medium lain seperti website dan blog. Kekalkan penampilan positif di Facebook untuk membina jaringan dan dalam masa yang sama tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam fikiran bos anda itu.

Boleh baca artikel di sini untuk buat keputusan samada anda mahu kekalkan bos dalam friendlist ataupun tidak.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge