September 16, 2016

Rancang 3 perkara ini sebelum mulakan bisnes sampingan

Rakan saya memberitahu saya yang dia mahu memulakan bisnes sampingan sekarang. Dahulu, dia sering outstation dan kerja overtime, dan tiada masa untuk bisnes sampingan, walaupun ada minat dan peluang. Kini  dia telah bertukar jabatan di tempat kerja, dan mempunyai masa terluang pada waktu malam, jadi ini adalah masa terbaik untuk dia bertindak.

rancang-3-perkara

Selepas berbual dan berbincang, kami membuat kesimpulan bahawa, untuk memulakan bisnes sampingan, rakan saya ini perlu merancang 3 perkara penting iaitu :

1-  RANCANG MASA
Oleh kerana bisnes sampingan yang dipilih oleh rakan saya ini berbentuk online dan dia akan bertindak sebagai pengedar produk, jadi kami bersetuju yang masa yang perlu diperuntukkan ialah di antara 2 hingga 3 jam sahaja setiap hari. Rakan saya perlu merancang samada dia perlu tidur 2 jam lebih lewat setiap malam, atau bangun 2 jam lebih awal setiap pagi.

2- RANCANG AKTIVITI
Dua jam yang diperuntukkan setiap hari perlu disusuli dengan aktiviti yang bersesuaian. Memandangkan ini adalah bisnes sampingan, aktiviti yang dirancang tidak boleh mengganggu perjalanan kerja hakiki seharian di pejabat. Bagi bisnes online, dua jam setiap hari boleh diisi dengan aktiviti seperti menulis posting berkualiti di Facebook, membina blog bagi berkongsi maklumat produk dan bisnes, atau membuat design bahan- bahan promosi seperti poster dan video.

3- RANCANG MATLAMAT
Saya juga bertanya kepada rakan saya, apakah matlamat bisnes, sekurang- kurangnya sebagai permulaan. Rakan saya mahukan pendapatan tambahan bermula RM500 sehingga RM2000 sebulan. Menurutnya, pendapatan ini bertujuan untuk menambah tabungan sedia ada untuk keperluan keluarga. Matlamat beliau ringkas tetapi sangat jelas, jadi mudah untuk digunakan bagi menentukan aktiviti yang bersesuaian bagi membantu beliau mencapai matlamat tersebut.

Walaupun hanya sekadar bisnes sampingan, 3 perkara asas ini amat penting untuk dirancang terlebih dahulu, supaya masa yang diperuntukkan tidak sia- sia, aktiviti boleh disusun dengan baik dan akhirnya matlamat yang kita mahukan dapat dicapai. Ketahuilah ramai orang berhenti bisnes sampingan kerana mereka sering terburu- buru. Akibatnya mereka hilang minat dan motivasi akibat kepenatan semata- mata.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge