September 28, 2015

Tips “Jual Diri”

Assalamualaikum semua ­čÖé

Saya nak berkongsi tips yang saya kumpul berdasarkan satu artikel yang saya baca ni. Mudah- mudahan bagi faedah kepada anda semua, In Sha Allah.

Artikel: On Selling Yourself

1- CONFIDENT – mesti tau apa yang kita cakap, apa yang kita buat. Kalau tak tau, mengaku tak tau, belajar dan terus belajar. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita membaca, lagi konfiden diri kita. Kalau ilmu tak bertambah, kita asyik cakap benda yang sama, dan orang akan bosan dengan kita. Cuba tengok update Facebook sendiri, sama tak dengan semalam? Atau tahun lepas? Ada tak nampak upgrade di situ?

2- SHARE YOUR HOBBIES OR INTERESTS – semua orang mesti ada hobi atau minat kan? kalau takde, sila cari satu hobi dan minat, yang anda memang suka dan boleh konsisten. Bila kita commit dengan sesuatu yang menarik, orang akan mudah ingat kita.

3- TUNJUK MINAT TENTANG ORANG LAIN – bila berkawan, kenalah ambil tau juga latarbelakang orang tu kan? Apatah lagi kalau dengan business partners, kena tau la anak berapa orang, kerja kat mana, asal negeri mana, suami orang mana, blablabla. Bukan suruh busybody, tapi genuine interests untuk kenal orang lain kena ada.

4- AMBIL TAHU TENTANG KERJAYA MEREKA – tak semua kerjaya tu straight forward kan? Kalau orang tu kerja polis, tanya la polis bahagian apa, narkotik ke traffik ke? Kalau orang tu kerja stewardess, tanya la penerbangan dalam negara ke luar negara, dah berapa lama kerja. Orang selalunya bangga dengan kerjaya mereka, dan sangat menghargai jika kita ambil tahu dengan lebih mendalam.

5- BUAT EYE CONTACT DAN STABILKAN SUARA BILA BERCAKAP – kita tak banyak buat eye contact dan takde melibatkan suara sebab ramai suka bergantung dengan online. Jadi kalau tak buat bab ni, rugi ler. Tapi bagi yang selau bertemu, make sure bila bercakap, pandang mata rakan anda, dan jaga tone suara. Terutama bila jumpa bakal partner, serlahkan kejujuran anda dengan pandangan mata yang ikhlas dan jujur. Orang yang tak berani pandang muka bila bercakap, dan mata pandang langit je, awas, ada benda yang dia sorok daripada┬ákita.

6- IKHLAS – niat paling penting dalam apa juga yang kita buat seharian. Kalau kita bagi info dengan harapan orang Like dan beli daripada kita, mesti kita letih juga. Ikhlaskan diri, kongsi maklumat untuk bagi manfaat kepada semua.

7- BINA CREDIBILITI – bila kita bercakap, atau menulis di blog atau FB tu, kena ingatlah, apa yang kita tulis tu adalah diri kita. Kalau suka share benda2 merapu, payah la nak bina credibiliti yang baik. Kalau suka merungut, pun takde sapa nak cari kita kalau mereka ada sesuatu yang nak ditanya, sebab nanti kita merungut je kejenya. Tunjuklah pada orang ramai yang kita ni ada ilmu, ada info, dan boleh dipercayai. Bukanlah bermaksud kena “menunjuk- nunjuk” pula. Kadang2 orang tak peduli apa benda yang kita tayang, tapi orang perhati apa yang kita tulis kerana ia menunjukkan apa yang kita fikir.

8- JANGAN “JUAL DIRI” – tak payah canang kita best, bagitau orang kita hebat pun, tapi tunjuk saja result dan consistency. Kalau kata nak slim, buat diet sampai slim. Kalau kata nak berjaya, buat kerja sampai berjaya. Kalau jual supplement, sila hidup gaya sihat. Tak perlu pong pang, mintak orang Like post kita atau feeling motivator sangat la. Buat je dulu, dah berjaya, memang orang akan nampak dengan sendiri je.

9- BINA JENAMA SENDIRI – untuk orang kenal diri kita, sebagai diri kita yang sebenarnya, dan kita mahu orang suka diri kita itu, kita kena ada jenama. Maksud jenama ialah orang bangga bila dikaitkan dengan kita. Macam orang beli Chanel, bangga kan dikaitkan dengan jenama mahal dan ternama. Begitu juga diri kita. Kita perlu ada prinsip hidup yang tegas, yang mana kawan- kawan, dan kenalan tau, kita boleh dipercayai sebab ada prinsip dan bukan lalang. Orang yang takde prinsip dia suka mengumpat di belakang, jadi orang macam ni kita pun tanak dikaitkan dengan dia. Kalau dia tag kita dalam update FB pun kita rasa nak menyorok, malu.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 217 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge